Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 1434

Bismillahirrahmanirrahim..

Wow, it has been two months since the last post. Many things had happened around me.


  1. Alhamdulillah, I had successfully graduated!
  2. I am in Malaysia now. Bye USA. Till we meet again. 
  3. President Morsi was removed from the office of president. 
  4. Ramadhan is here. May this Ramadhan be better than last Ramadhan inshaaAllah.
Just to make it short, friends, lets increase our ibadah during this month of barakah, Ramadhan. Make Ramadhan as a starting point to be a better person. 

Also, lets pray for our brothers and sisters in Egypt, Syria and Palestine. Hope things will get better. Hope the truth will be stand out. Hope Allah will help everyone of us, inshaaAllah. 

LBNL, happy Ramadhan Kareem. Wassalam.

Sunday, April 28, 2013

10 sahabat Rasulullah saw dijamin syurga


  1. Abu Bakar As-siddiq
  2. Umar Al-Khattab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abi Talib
  5. Talha bin Ubaidillah
  6. Abdul Rahman bin Auf
  7. Zubair Al-awwam
  8. Saad bin Abi Waqas
  9. Sa'id bin Zaid
  10. Abu Ubaidah Al-jarrah

Mereka adalah dalam kalangan assabiqun awwalun, iaitu golongan yang terawal menerima Islam. Mereka juga adalah sahabat Nabi Muhammad saw yang dijamin syurga. Walaupun mereka dijamin syurga, mereka telah berusaha sungguh-sungguh untuk menegakkan syiar Islam. Mereka tidak pernah lari daripada panggilan jihad.

Kita seharusnya menjadikan mereka contoh teladan kita. Banyak yang dapat kita pelajari daripada kehidupan serta sifat-sifat mereka.

Kalau nak tahu selanjutnya tentang 10 sahabat ini, boleh dengar dari video ini : The Superstars Series

Wednesday, March 27, 2013

lima puluh tujuh

Lima puluh tujuh hari sahaja tinggal sebelum Commencement Day.

Banyak perkara yang perlu diuruskan. Kontena, interview, projek-projek kelas dll.

Yang menjadi kerisauan ini adalah perancangan masa hadapan. Kejap nak sambung belajar lah..kejap nak mengajar lah.. kejap nak kerja lah..Pening. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Tapi yang pasti, ayah dan ibu menyokong apa-apa keputusan anaknya ini. :)

Ok. Nabilah, kena plan betul-betul. Decide & take action. Kalau tak, balik Malaysia nanti tanam anggur pulanya. Kemudian tawakal, kita serah kepada Allah.

Ya Allah, Kau berikanlah yang terbaik buat diriku dari sisi-Mu. Amin.

Saturday, March 23, 2013

BFFTJ

BFFTJ - Best Friends Forever Till Jannah 


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang untuk kami merasakan persahabatan ini. Persahabatan yang bukan hanya ukhuwah semata-mata, tetapi ukhuwah Islamiyyah. Ukhuwah yang berlandaskan akidah islam dan yang akan membawa kami ke Jannah, inshaaAllah.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (45) (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman". (46) Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. (47)Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya. (48) [Surah Al-Hijr]



Ana uhibbukum fillah abadan - abada 

Thursday, February 28, 2013

Lagi banyak kita membaca, lagi banyak kita tahu tentang sesuatu perkara. 

Lagi banyak kita tahu tentang sesuatu perkara, lagi berat bebannya yang kita tanggung. 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya. [As-saf : 2-3]

Hmm.

Saturday, February 23, 2013

Memahami Keperluan Diri dan Masyarakat

Bismillahirrahmanirrahim..

In shaa Allah hari ini nak berkongsi sedikit input yang dapat daripada perbincangan forum spontan semalam. Agak menarik sungguh perbincangan yang diadakan itu.

Antara point-point yang dapat :

  • Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya mengetahui apa itu tujuan hidup kita. Cuba lihat penduduk yang mempunyai kadar bunuh diri yang amat tinggi. Kebanyakkan daripada mereka bunuh diri sebab tidak tahu tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini. 
  • Pesan Rasulullah saw, sebijak-bijak manusia adalah mereka yang sentiasa mengingati mati. Sebabnya, kita apabila kita mengingati mati sudah tentu kita inginkan syurga itu. 
  • Pilihan hanya ada dua sahaja. Syurga @ Neraka. Baik @ Buruk. Betul @ Salah. Tiada yang pertengahan. 
  • Untuk memahami tujuan hidup kita, kita disediakan dengan dua buku manual kita. Setiap yang diciptakan pasti akan disediakan manualnya seperti komputer, lampu dll. Kita pun begitu. Buku manual kita adalah Al-Quran dan As-sunnah. Kita harus mengamalkannya. 
  • Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan As-sunnah. -Khutbah terakhir Rasulullah saw
  • Manusia ini adalah makhluk istimewa kerana kita dikurniakan akal. Antara manusia pula yang terbaik pula adalah Muslim kerana dikurniakan nikmat islam dan iman itu. 
  • Diri kita ini perlu kepada pencarian ilmu itu. Dengan ilmu itulah, kita dapat mengenal nikmat iman dan islam itu. Ilmu itu nur atau cahaya. 
  • Ilmu yang kita terima itu pula akan jadi manfaat jika kita beri kepada orang lain pula. 
  • Past is past. Don't judge people by their past. Kita harus bangkit daripada sifat putus asa.
  • "Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah! Berikanlah pahala kepadaku atas musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang menimpaku." Nabi SAW sebut, sesiapa yang membaca doa ini ketika ditimpa musibah, nescaya Allah swt aakn mengganjarinya pahala dan menggantikan untuknya sesuatu yang jauh lebih baik daripadanya.  -HR Muslim
  • Salah satu cara untuk memahami keperluan masyarakat pula adalah dengan melibatkan diri dengan community services.
  •  Di US ni, bukanlah kita hanya sekadar menimba ilmu, pergi kelas tetapi ambillah peluang yang ada untuk membuat sesuatu yang melibatkan masyarakat. Fund raising ke, volunteering ke, food drive ke etc..
  • Gunalah potensi diri sebaik-baiknya. Contohnya, kalau kita belajar engineering, kita fikir bagaimana kita boleh guna kelebihan kita itu untuk membantu Islam. 
  • Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di tanah airmu. -Hassan Al-Hudaybi (Mursyidul Am IKhwanul Muslimin ke-2)
  • Bawalah pulang pengalaman-pengalaman yang dapat di US ni ke Malaysia dan bantulah masyarakat di negara kita. Masih ramai lagi yang kurang bernasib baik daripada kita.
  • Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. 
Konklusinya, Allah tidak menciptakan kita dengan sia-sia. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyediakan keperluan diri kita untuk akhirat kelak serta memenuhi keperlu masyarakat kita sekeliling.

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Surah Al-Mukminun : 115)

Tuesday, February 19, 2013

Omar Series

Bismillahirrahmanirrahim..

Today, I want to persuade each one of us to watch this drama series, "OMAR SERIES". I had watched it before last semester. It is really a very interesting and good drama. It is based on true stories of our beloved Prophet Muhammad saw and his companions. 

Believe me, you will like this drama!

Tell me my friend. Do we know all the stories during the Prophet Muhammad saw's life? How about the stories during Khulafa' Arrasyidin's periods? How about how Islam spread out to the world? 

We. as a muslim should know about our history. It is important because we do not want to repeat the same mistakes that they did before. Also, we want to learn from them on how to bring back our ad-deenul Islam. 

So, besides reading books about our history, we could watch this drama. Thanks to MBC for producing this such a wonderful drama.

From this drama :
  • I learnt that it is important to have support system for ourselves. This support system includes our families, friends and those you believe in you. It was really touching to see the relationships between Rasulullah saw and his companions as well as the believers. While one of them was having difficulties, the other would help him. 
  • I knew that someone who has great character would become a great person even after he has become a Muslim. For example, Umar Al-Khattab and Khalid Al-walid. Both of them played important roles in fighting against Rasulullah saw. However, when they had become Muslim, they used their potentials for the benefits of Islam. Umar Al-Khattab was a pointed as the Second Caliph and Khalid Al-walid was known as Allah's sword. 
  • I learnt the importance of Musyawarah (Discussion/ Meeting). Any decision would be made has to be agreed by the syura. A syura's decision is much better that one's decision. This is because a collective mind has a broad range of ideas and perspectives, and it would prevent from bias. 
  • I learnt that it is important to have a leader. In this drama, the syura immediately called up a meeting to choose their leader after the death of Rasulullah saw and Abu Bakar Assidiq. 
  • I learnt about some of the characteristic of a good friend. A good friend wants the best for his friends the same as he wants the best for himself. Sometimes he/she advised us for our own benefits. He/she did not want you to do something that against Allah's law. For instance, Umar Al Khattab fired Khalid Al-Walid because he did not want the Muslims believed that their victory is because of Khalid, but Allah. Allah is the One who gave them the victory. 
There are lots of other things that I have learnt from this TV Series. I really recommend all of you to watch this series. To those who already watched this series, let's share what you have learnt from it.

Here is the playlist for this series : http://www.youtube.com/playlist?list=PLA23D8DF57063041D 


Monday, February 11, 2013

Al-quran Itu..

Al-quran itu bukan hanya untuk dibaca.
Al-quran itu bukan juga hanya untuk didengari. 
Al-quran itu bukan hanya dipamirkan di dinding-dinding rumah.
Al-quran itu bukan juga dijadikan hantaran semata-mata. 

Tapi sebenarnya, 
Al-quran itu lebih daripada segala-galanya. 
Ia mengandungi 1001 kisah-kisah tauladan yang perlu diambil iktibar.
Ia merupakan peneman sejati tatkala kesedihan.
Ia juga menjadi kotak jawapan bagi setiap persoalan kita. 

Yang pasti, 
Ia mengandungi kata-kata daripada Sang Pencipta kita.
Kata-kata yang merupakan peringatan mahupun nasihat untuk kita.
Kata-kata yang menjadi tanda kasih sayang Dia pada kita. 
Kata-kata yang membawa kita ke syurga atau neraka. 


ps: Jom baca serta fahami Al-quran. Dan selepas faham, kita amalkan tuntutannya..

Thursday, February 7, 2013

Kita Ibarat Posmen

Demi Masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [103:1-3]


Kita ibarat Posmen. Kalaulah kita tidak menjalankan tugas kita sebaiknya, pasti surat sang anak kepada bapanya tidak tersampai pada bapanya.

Daie adalah seperti Posmen. Kita adalah Daie. Kalaulah kita tidak menjalankan tugas kita sebaiknya, sudah tentu mereka tidak dapat tahu tentang mesej kebenaran itu. Tidakkah kita mengkhianati mereka sedangkan mereka perlu tahu tentang kebenaran yang Allah sampaikan melalui para rasul?

Tepuk dada, tanya diri.





Saturday, January 26, 2013

Final Semester in Stevens

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Allah has given great opportunity for me to study in US. I learn a lot about the people, the culture and the environment here. It is different compared to Malaysia.

Can't believe that this semester is my last semester as an undergraduate student. How fast time flies...

Right now, many things have come to my mind. What would I be next? What kind of job I want apply for? When would I want to have a family? What should I bring back to Malaysia? Hurmm. So many questions.

I know I have to make decisions. But above those questions, I have to know my priorities. I have to prioritize what really I should do next. Which is Da'wah and Tarbiyyah. As a muslim, these two things should not separate in our lives. We have to prioritize these Da'wah and Tarbiyyah. Those are our main purpose of our lives, right? Check out [2:30] and [51:56] to know about our purpose of living in this world.

But doesn't mean you can't work or doing what you want. I mean, I should do something that will benefit my these two things. For example, should find a job that would not distract my time too much. Maybe a teacher. Hee :)

Ok Nabilah, start thinking, asking around and deciding what do you really want to do. And the rest, put your trust in Allah through solat istikharah and du'a, ok!

p/s: Barakallahulakuma, Sakinah and husband. Here a special song for both of you. :)





Monday, January 14, 2013

Rahmat Allah.

Daripada Abu Hurairah R.A. dan Abu Sa'id R.A., kedua-duanya berkata: "Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak duduk satu kaum mengingati Alllah, melainkan mereka dilingkungi para malaikat dan dilimpahi rahmat. Dan ketenangan turun mencurah-curah ke atas mereka, Allah menyebut-menyebut mereka di kalangan makhluk yang ada di sisi-Nya (para malaikat)." 
Hadis Riwayat Muslim

Wednesday, January 9, 2013

My Last Roadtrip

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menimba pelbagai ilmu dan pengalaman sepanjang road trip kali ini. Road trip kali ini ada sedikit kelainannya kerana kami berjaya menawan sembilan negeri. Subhanallah, the longest trip ever had in my life. 

Melalui road trip ini, banyak yang ku pelajari. Di Muktamar, aku berpeluang untuk berjumpa dengan Dr Harlina Haliza Siraj, seorang doktor mahupun aktivis yang banyak memberi semangat kepada kami semua. Salah satu kata-katanya amat terkesan kepadaku, 
"Apabila kita berjumpa/ berkenalan dengan seseorang, adakah kita tinggalkan secubit tentang Islam pada dia?" 

Hmm..memang menusuk di dada lah. Seperti dalam salah satu Hadis Riwayat Bukhari, 
"Dari Abdullah Ibn Amr ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat."

Wondering what I had I told people about Islam...

Selain itu, the food were really good. Alhamdulillah kali ni, aunty-aunty Malaysian pun turun padang untuk membantu di dapur. So sangatlah seronok dapat makan makanan Malaysia :)

Ok done with muktamar. Road trip pula

Walaupun nak dikatakan road trip ini bukanlah pilihan utama ku, tetapi banyak ku pelajari sepanjang road trip ini. Dari tadabur alam sampailah mengenali sejarah-sejarah US. 

Sepanjang road trip, kami berpeluang untuk mengunjungi pelbagai Islamic Center dan Masjid di tengah perjalanan kami. *Masjid hopping* Ada yang besar, ada yang kecil. Ada juga yang menyediakan tempat muslimah dan ada juga yang tidak. Menarik sangat. Dan the best part was, kami seboleh-bolehnya mencari rumah Allah itu untuk solat berbanding solat di tepian jalan. Alhamdulillah :) 

Ha, tentang mencari tempat makan pun sangatlah unik. Kalau tengah hari or malam, seboleh-bolehnya kami akan mencari kedai-kedai halal. Tapi jikalau tengah-tengah highway, kami lebih banyak makan subway dan denny's sahaja. Yang menarik perhatianku adalah apabila kadang-kadang Mc Donald sahaja yang buka. Akan tetapi, kami tetap memilih untuk tidak pergi makan di situ. Semangat BOIKOT!! Alhamdulillah diberi kawan-kawan yang memahami tentang isu boikot ini. :) 

One last thing about road trip adalah kekagumanku melihat keindahan alam sekitar. I really love the beaches and the sun. Alhamdulillah berpeluang melihat matahari terbenam dan terbit. Whenever melihat matahari tu, mesti terlintas surah As-Syams. Serious jatuh cinta dengan As-syams :) 
"Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang." (91:1)

Kalau ikutkan, banyak lagi nak share. But I think I would stop till here. Kang panjang-panjang, boring pula. So, here are some of the photos to summarize my story :) 















Wallahu'alam..