Saturday, February 23, 2013

Memahami Keperluan Diri dan Masyarakat

Bismillahirrahmanirrahim..

In shaa Allah hari ini nak berkongsi sedikit input yang dapat daripada perbincangan forum spontan semalam. Agak menarik sungguh perbincangan yang diadakan itu.

Antara point-point yang dapat :

  • Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya mengetahui apa itu tujuan hidup kita. Cuba lihat penduduk yang mempunyai kadar bunuh diri yang amat tinggi. Kebanyakkan daripada mereka bunuh diri sebab tidak tahu tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini. 
  • Pesan Rasulullah saw, sebijak-bijak manusia adalah mereka yang sentiasa mengingati mati. Sebabnya, kita apabila kita mengingati mati sudah tentu kita inginkan syurga itu. 
  • Pilihan hanya ada dua sahaja. Syurga @ Neraka. Baik @ Buruk. Betul @ Salah. Tiada yang pertengahan. 
  • Untuk memahami tujuan hidup kita, kita disediakan dengan dua buku manual kita. Setiap yang diciptakan pasti akan disediakan manualnya seperti komputer, lampu dll. Kita pun begitu. Buku manual kita adalah Al-Quran dan As-sunnah. Kita harus mengamalkannya. 
  • Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan As-sunnah. -Khutbah terakhir Rasulullah saw
  • Manusia ini adalah makhluk istimewa kerana kita dikurniakan akal. Antara manusia pula yang terbaik pula adalah Muslim kerana dikurniakan nikmat islam dan iman itu. 
  • Diri kita ini perlu kepada pencarian ilmu itu. Dengan ilmu itulah, kita dapat mengenal nikmat iman dan islam itu. Ilmu itu nur atau cahaya. 
  • Ilmu yang kita terima itu pula akan jadi manfaat jika kita beri kepada orang lain pula. 
  • Past is past. Don't judge people by their past. Kita harus bangkit daripada sifat putus asa.
  • "Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah! Berikanlah pahala kepadaku atas musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang menimpaku." Nabi SAW sebut, sesiapa yang membaca doa ini ketika ditimpa musibah, nescaya Allah swt aakn mengganjarinya pahala dan menggantikan untuknya sesuatu yang jauh lebih baik daripadanya.  -HR Muslim
  • Salah satu cara untuk memahami keperluan masyarakat pula adalah dengan melibatkan diri dengan community services.
  •  Di US ni, bukanlah kita hanya sekadar menimba ilmu, pergi kelas tetapi ambillah peluang yang ada untuk membuat sesuatu yang melibatkan masyarakat. Fund raising ke, volunteering ke, food drive ke etc..
  • Gunalah potensi diri sebaik-baiknya. Contohnya, kalau kita belajar engineering, kita fikir bagaimana kita boleh guna kelebihan kita itu untuk membantu Islam. 
  • Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di tanah airmu. -Hassan Al-Hudaybi (Mursyidul Am IKhwanul Muslimin ke-2)
  • Bawalah pulang pengalaman-pengalaman yang dapat di US ni ke Malaysia dan bantulah masyarakat di negara kita. Masih ramai lagi yang kurang bernasib baik daripada kita.
  • Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. 
Konklusinya, Allah tidak menciptakan kita dengan sia-sia. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyediakan keperluan diri kita untuk akhirat kelak serta memenuhi keperlu masyarakat kita sekeliling.

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Surah Al-Mukminun : 115)

No comments: