Wednesday, January 9, 2013

My Last Roadtrip

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menimba pelbagai ilmu dan pengalaman sepanjang road trip kali ini. Road trip kali ini ada sedikit kelainannya kerana kami berjaya menawan sembilan negeri. Subhanallah, the longest trip ever had in my life. 

Melalui road trip ini, banyak yang ku pelajari. Di Muktamar, aku berpeluang untuk berjumpa dengan Dr Harlina Haliza Siraj, seorang doktor mahupun aktivis yang banyak memberi semangat kepada kami semua. Salah satu kata-katanya amat terkesan kepadaku, 
"Apabila kita berjumpa/ berkenalan dengan seseorang, adakah kita tinggalkan secubit tentang Islam pada dia?" 

Hmm..memang menusuk di dada lah. Seperti dalam salah satu Hadis Riwayat Bukhari, 
"Dari Abdullah Ibn Amr ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat."

Wondering what I had I told people about Islam...

Selain itu, the food were really good. Alhamdulillah kali ni, aunty-aunty Malaysian pun turun padang untuk membantu di dapur. So sangatlah seronok dapat makan makanan Malaysia :)

Ok done with muktamar. Road trip pula

Walaupun nak dikatakan road trip ini bukanlah pilihan utama ku, tetapi banyak ku pelajari sepanjang road trip ini. Dari tadabur alam sampailah mengenali sejarah-sejarah US. 

Sepanjang road trip, kami berpeluang untuk mengunjungi pelbagai Islamic Center dan Masjid di tengah perjalanan kami. *Masjid hopping* Ada yang besar, ada yang kecil. Ada juga yang menyediakan tempat muslimah dan ada juga yang tidak. Menarik sangat. Dan the best part was, kami seboleh-bolehnya mencari rumah Allah itu untuk solat berbanding solat di tepian jalan. Alhamdulillah :) 

Ha, tentang mencari tempat makan pun sangatlah unik. Kalau tengah hari or malam, seboleh-bolehnya kami akan mencari kedai-kedai halal. Tapi jikalau tengah-tengah highway, kami lebih banyak makan subway dan denny's sahaja. Yang menarik perhatianku adalah apabila kadang-kadang Mc Donald sahaja yang buka. Akan tetapi, kami tetap memilih untuk tidak pergi makan di situ. Semangat BOIKOT!! Alhamdulillah diberi kawan-kawan yang memahami tentang isu boikot ini. :) 

One last thing about road trip adalah kekagumanku melihat keindahan alam sekitar. I really love the beaches and the sun. Alhamdulillah berpeluang melihat matahari terbenam dan terbit. Whenever melihat matahari tu, mesti terlintas surah As-Syams. Serious jatuh cinta dengan As-syams :) 
"Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang." (91:1)

Kalau ikutkan, banyak lagi nak share. But I think I would stop till here. Kang panjang-panjang, boring pula. So, here are some of the photos to summarize my story :) 















Wallahu'alam..

No comments: