Sunday, August 14, 2011

Upin & Ipin

salam. semua pasti pernah tengok kartun 'Upin & Ipin' kan? Seronok tengok gelagat upin, ipin serta kawan2 mereka. Apa yang lagi menarik, cerita itu banyak memasukkan unsur2 nilai2 murni.

Salah satu episode yang menarik minat saya apabila rakan upin & ipin mempunyai robot tersendiri, upin & ipin mencipta robot mereka sendiri menggunakan barang2 terpakai di rumahnya. Dalam episode ini kita dapat lihat betapa upin & ipin itu berjimat-cermat. Walaupun hanya menggunakan kotak, periuk. penapis, mereka dapat mereka robot yang sungguh menarik.

Lagi satu episode yang menarik minat saya adalah episode pada bulan ramadhan yang mengenai 'Lailatul Qadr'. Apabila opahnya telah menerangkan tentang kebaikan Lailatul Qadr, mereka mengajak rakan2 mereka untuk membaca Al-Quran selepas solat terawih. Walaupun rakan2nya menolak sebab ingin bermain mercun, mereka tetap dengan pendirian mereka untuk membaca Al-Quran.

Banyak yang boleh kita lihat dan ambil pengajaran melalui cerita Upin & Ipin ini. Siapa yang x pernah tengok, patut tengok. :)