Tuesday, August 23, 2011

Masih Ada Waktu

Salam

Pejam celik pejam celik, dah 23 hari kita berpuasa. Sekejap je kan rasanya? Mari kita duduk sebentar dan beriman sejenak. Check amalan kita sepanjang ramadhan ini. Solat terawih cukup x? Solat sunat ada x?

“Puasa bukanlah sekadar menahan dari makan dan minum” (HR Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim)

Ha tengok hadith kat atas tu. Sesungguhnya kita berpuasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum, tetapi bulan puasa inilah kita patut ambil sepenuhnya untuk membersihkan jiwa dan hati kita. Contohnya menahan diri daripada sesuatu yang lagha seperti mendengar lagu, berfb sepanjang hari, menonton movie, menahan marah, menahan nafsu membeli dll.

Bulan yang penuh dengan rahmat inilah kita patut perbanyakkan zikir, bertahajjud, iktikaf, solat sunat, sedekah, baca hadith 40 dan buat segala kebaikan. Kita juga boleh perbanyakkan berdoa kepada Allah. Mohonlah apa pun. insyaAllah Allah akan memakbulkan.

“Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu rahmat” (HR. Muslim).

Mungkin sesetengah orang kata kita dah tidak punyai masa untuk semua itu sebab tinggal dalam 6 hari sahaja sebelum 1 Syawal. Jangan berputus asa, kawan-kawan. Walaupun tinggal 6 hari, kita masih ada waktu. Jom guna hari-hari yang tinggal ini untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

“Carilah Lailatul Qodar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan” (HR. Bukhari)


Aisha, may Allah be pleased with her, said: I asked the Messenger of Allah: ‘O Messenger of Allah, if I know what night is the night of Qadr, what should I say during it?’ He said: ‘Say: O Allah, You are pardoning and You love to pardon, so pardon me.’ “(Ahmad, Ibn Majah, and Tirmidhi).

The transliteration of this Dua is “Allahumma innaka `afuwwun tuhibbul `afwa fa`fu `annee”

Kita tidak tahu bila ajal kita. Mungkin ini ramadhan terakhir untuk kita. Akhir sekali, marilah kita mengejar hari-hari terakhir ini dengan sesuatu yang lebih baik.

1 comment:

nadiah said...

Assalamu'alaikum Nabilah.

Yosha yosh! Mari sama-sama kita kejarrr dia. :D

*bersemangatkental*