Saturday, January 2, 2010

Matlamat Sebenar Hidup Ini~

salam.
alhamdulillah diriku masih berpijak di bumi Allah.

beberapa hari lepas, ku telah mengikuti program genQ di Darul Fridaus. Alangkah indahnya saat-saat ku di sana. Banyak yang ku pelajari di sana terutamanya tentang Hadis Ghulam. Ku amat tertarik dengan topik ini.

Hadis Gulam ini berkisahkan seorang pemuda yang mempelajari ilmu sihir serta ilmu agama pada zaman dahulu. Apa yang tertarik dengan hadis ini ialah, ia sangat signifikan dengan diri kita sebagai seorang remaja.

Pada peringkat ini, kita tahu diri kita sibuk mengejar kecemerlangan duniawi, tetapi adakah ini matlamat hidup kita yang utama? Adakah ini tujuannya Allah mecipta kita? Refleks balik ayat ini.

'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi ini"..' (2: 30)

Bukankah begitu? Allah menciptakan kita supaya menjadi khalifah di bumi ini serta beribadah kepada-Nya. Khalifah bukan sahaja bermaksud pemimpin, tetapi ia juga membawa maksud menyampaikan ajaran Allah. Oleh itu, kita tidak seharusnya mengejar dunia sahaja, tetapi juga mengejar kecemerlangan akhirat nanti.

Berbalik kepada Hadis Ghulam tadi, kita dapat lihat pemuda itu mempelajari kedua-dua ilmu, yakni ilmu sihir (duniawi) dan ilmu agama (akhirat). Kita seharusnya menjadi seperti ghulam itu. Tanpa mengabaikan ilmu duniawi, kita perlu belajar ilmu agama juga. Bukankah hidup ini lebih bermakna jikalau kita berjaya dalam kedua-duanya sekali.

Cuba kita ingat balik pelajar-pelajar terbaik SPM tahun-tahun lepas. Azali Azlan 20 1A (SMKA Yan) , Nik Normadiha 19 1A (Maahad Muhammadi Perempuan). Bukankah mereka adalah dikalangan pelajar-pelajar sekolah agama? Kekadang ku terfikir, apakah kelebihan yang mereka ada sampai mereka cemerlang sebegitu rupa? Semestinya mereka berusaha sambil tidak melupakan Yang Maha Mencipta. Mereka tidak pernah mengabaikan Allah, sebaliknya sering memohon serta bermunajat kepada-Nya agar mempermudahkan pembelajaran mereka.

Seorang akhawat telah memberitahu ku bahawa ilmu-ilmu duniawi ini boleh kita jadikannya sebagai alat untuk kita menyampaikan ajaran Allah. Contohnya, dalam Hadis Ghulam, pemuda itu telah belajar mengubati orang buta, sopak dan segala jenis penyakit dan apabila orang bertanya siapakah yang mengubati penyakit itu, beliau menjawab, "Yang bisa menyembuhkan penyakit adalah Allah Azza wa Jalla. Jika anda beriman dengan-Nya dan berdoa kepada-Nya, nescaya Dia akan menyembuhkanmu." Lalu ramailah yang telah beriman kepada Allah dan sembuh.

Sudah panjang meleret post kali ini.
Apa yang cuba saya sampai sebenarnya ialah kita sepatutnya mengejar kebahagian di akhirat mahupun di dunia. Ingatlah matlamat utama kita adalah menjadi khalifah di bumi ini serta beribadah kepada-Nya. Apa kata, tahun ini kita tanamkan niat kerana Allah dalam setiap perkara yang kita kerjakan serta tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama kita yang satu ini.

Akhir kata, mohon maaf jika terkasar bahasa, terguris hati. Jika ada kesilapan, mohon diperbetulkan. Diriku ini hanyalah insan biasa yang sedang belajar.

"Indahnya hidup ini jikalau kita mendapat rahmat serta keredhaan daripada-Nya"

6 comments:

nyet... said...
This comment has been removed by the author.
nyet... said...

akhawat tu ape bell?
kawan ke?

btw, nice post.
haaaaa....
cm kes yg nama Allah tu skunk.
sbenarnye org kristian dgn yahudi da lame pkai Allah tu.
org2 yg tak kaji/selidik/BELAJAR je sebok na bising2.
cm membela la konon.
sorry kalo ape yg aku btau ni bercanggah dgn ko nye pendapat.
*kalo divert dgn post lagi maap*
hehe. =D

Nabilah Farhana Yahya said...

owh..akhawat tu saudara perempuan.
hurmm..x salah pon ape yg ko ckpkan tuh....mmg btoll..ak pon sokong...mmg dah lme dah org kristian n yahudi gne Allah..contohnye pon mcm nme ayah Rasulullah, Abdullah..kan tyme tu baginda xde lagi tp diorg dh gne pon perkataan Allah tuh...btol x?
:D

puteribonda said...

salam bell,
suka bc post bell nie
nice :)

btw, nak tambah sket
kan dalam cier hadis ghulam tu,
ghulam tu b4 dyer pegi menuntut ilmu sihir dari istana tu kan dyer ader singgah kat orang yang beriman tu dulu kan
then, after belajar ilmu sihir tu dyer singgh lagi kat rumah orang beriman

so, kiter bole tgk betapa dyer melebihkan ilmu agama itu berbanding ilmu dunia..
jika slama ini kiter tuntut ilmu dunia sedaya upaya kita dana sehabis baik kita..
ntok tuntut ilmu agama, kita patut lebih dari sehabis baik..
gandakan dua kali usaha kita belajar ilmu dunia..

sbb ghulam blajar ilmu agama dua kali ganda daripada nisbah dyer belajar ilmu dunia..

belajar sihir : sekali sehari
belajar ilmu agama : dua kali sehari

jom ambil contoh
mudah2an Allah membantu untuk kita amalkan dlm hidup kita slps ini..
insyaAllah

nadiah said...

Salam.

Tima kasih byk2 sbb share hadis Ghulam ni, Nabilah...=)

InsyaAllah..kalau kta cuba tetapkan hati kta, mesti boleh buat macam Ghulam jugak,kan?

Tima kasih skali lagi!

Nabilah Farhana Yahya said...

wslm..
nisah, thnx 4 ur compliment...
btol gak ape yang nisah cakap tu...
kekadang kte lebih pentingkan dunia, akhirat ntah ke mane...
ingt, matlamt kite adalah untuk bahagia di akhirat sana (syurga)...
iAllah...
thanx 4 sharing the idea too.. :D

ur welcome nadiah..
sharing is caring kan?!!
lagipon ape gunenye ade ilmu tp x dikongsi bersama kn??
iAllah dengan kesungguhan kite, kite pasti boleh jadi mcm ghulam itu..
sesame skali lagi jugak n trime kasih jugak !!
:D