Sunday, January 31, 2010

indahnya solat jama'ah~

salam.

Dari Ibnu Umar r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "solat berjama'ah itu lebih utaman daripada solat berseorangan sebanyak dua puluh tujuh kali ganda(darjat)."
(hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Indahnya solat jama'ah ini. Bukan setakat kita dapat 27 kali ganda pahala tapi kita akan dapat pelbagai kebaikan. Cuba kita lihat orang yang solat jama'ah, terutamanya di masjid. Adakah solat jama'ah membezakan orang yang muda atau tua, orang kaya atau miskin? Semestinya tidak bukan. :)

Solat jama'ah ini merupakan satu simbol permuafakatan dan persamaan darjat. Semasa menunai solat berjama'ah, kita tidak ambil pusing pon pasal kedudukan kita kan. Itulah indahnya solat jama'ah. :D

Lagi satu, melalui solat jama'ah, terjalinlah ukhuwah yang suci. Pabila wujudnya ukhuwah itu, kita akan saling menyayangi antara satu sama lain. Selain itu, kadang-kadang kita akan bertukar-tukar fikiran atau pendapat tentang sesuatu. Itulah namanya muafakat. Muafakat kan membawa berkat. :D

Bukankah solat jama'ah itu unik? Setiap minggu pasti kita akan solat jama'ah, iaitu ketika Solat Jumaat. Setiap tahun juga pasti kita akan solat jama'ah, iaitu ketika Solat Sunat Hari Raya. Indahkan solat jama'ah ini?! :D

Oleh itu, marilah kita ikut Sunnah Nabi, yakni solat berjama'ah. 27 kali ganda taw pahalanya.. banyak tu!! JOM!!

5 comments:

Norshahirah said...

as solatul jamiah.. as solatul jamiah rahimakumullah :)

nadiah said...

Nice post!

Kudos,Nabilah..=)

P/S: Jom jemaah kat bilik Nabilah pulak lepas ni.

(^_^)

gReeN iS pEAce said...

nak jugakkkkkkkkk

Nabilah Farhana Yahya said...

to shira : assolatula ilaha illallah..

to nadiah: trimas :D

to ana: bleh klu mau join..dtg a blok s yer :D

capa said...

betol tu nabilah! best post ni..mudah2an kita semua berterusan melakukan solat jemaah..insyaAllah..yaAllah,berkati kami.. :)