Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan kembali lagi

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah, tidak ku sangkakan RamadhanMu kian tiba. Tak sabar rasanya ingin berpuasa di negeri orang. Aku sedar tahun ini, Ramadhan aku pasti akan lebih mencabar. Dengan cuaca yang begitu panas sekali, dengan kelas di tengah hari. Tetapi itu semua sudah ditetapkan oleh Allah. Yang penting sekali, bagaimana ku menghadapi Ramadhan ini.

Aku berfikir-fikir adakah aku larat untuk mengharungi Ramadhan ini dengan cuaca begini? Tapi bila fikir lagi, bukankah Rasulullah saw dan para sahabat pergi berperang dalam bulan Ramadhan? Boleh je mereka survive. Apatah lagi aku ini. Mungkin ada di lubuk hati ini menyatakan "mereka lain, aku lain". Tapi bukankah mereka manusia juga? seperti aku. Bukankah Allah telah nyatakan dalam Al-Quran, Dia tidak akan membebani kita lebih daripada kemampuan kita ( 2: 286)? Sudah pasti aku mampu melakukannya, insyaAllah :)

Aku berharap Ramadhan ini menjadi kem mentarbiyyah diri. Dalam bulan inilah, aku ingin mengajak kalian untuk menggunakan masa kita semua sepenuhnya. Tambahkan amal-amal kita dan kurangkan perkara-perkara yang kurang manfaat. Jom kita setkan target amalan kita untuk bulan yang penuh berkat ini. Buat checklist! Agar di akhir Ramadhan nanti, kita dapat mencapainya dengan jayanya, insyaAllah. :)

Aku pasti ramai dalam kalangan kita-kita ini, ada yang pasang niat untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Aku pun begitu. Nak lebih baik dalam pelajaran, perwatakan diri dan juga HUBUNGAN dengan Allah. Dan aku pasti Ramadhan inilah masanya yang sesuai untuk kita mengorak langkah membuat perubahan itu. Every big step starts with a small step. Dan sentiasa betulkan niat dan berdoa kepadaNya agar memberikan yang terbaik untuk diri kita.

Akhir sekali, selamat menyambut Ramadhan Al-Kareem. 

Wallahu'alam.

2 comments:

alley vava said...

sekejap diri ini. skejap au. sekejap saya. haha

anyway, iA boleh buat punya puasa kat sini. Walaupun panas, dan lama, tapi nanti lama2 oke nye. awal2 je mcm nak biasakan diri. dah lama2 nanti kau siap bleh jogging angkat berat lagi. hoho

Nabilah Farhana Yahya said...

hehe..saje je nak varietykan penggunaan bahasa melayu :)

ok insyaAllah akan biasakan diri dengan cuaca baru ni. insyaAllah, He'll make it easy :) thanks dibah :)