Monday, July 23, 2012

Perginya Kekasih Allah, Rasulullah saw

Abu Bakar dan Umar keluar menemui orang ramai, di mana Abu berkata : "Wahai Umar sila duduk." Namun Umar enggan untuk duduk. Orang ramai pun melingkungi Abu Bakr dan membiarkan Umar di situ. Abu Bakr berucap kepada sidang hadirin dengan katanya :

"Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati."

Kemudian beliau membaca ayat Allah :
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yan berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali-Imran : 144)

Kata Ibn al-Musaiyab: Umar telah menyebut: "Demi Allah, sebaik sahaja aku terdengar apa yang diunggapkan oleh Abu Bakr itu aku terasa kakiku sudah tidak terdaya lagi untuk berdiri, memanglah aku terus terhumban ke tanah sebaik sahaja mendengar apa yang dibaca oleh Abu Bakr itu, kerana aku sudah dipastikan dengan kewafatan Rasulullah."

(Ar-Raheeq Maktum)

Sungguh tatkala membaca bab-bab terakhir dalam Ar-Raheeq Maktum ini, terasa sangat-sangat sayup. Walaupun tidak berada di zaman tersebut, tetapi daripada apa yang digambarkan dalam buku ini, banyak sungguh yang boleh diambil pengajaran daripada kisah Rasulullah saw ini. 

Sedikit sebanyak pengajaran yang dapat dipelajari : 
  1. Rasulullah saw mementingkan solat jemaah. Walaupun di saat baginda sakit, baginda masih menunaikan solat secara berjemaah. 
  2. Betapa sweetnya Rasulullah saw. Baginda meninggal di atas pangkuan Aisyah ra, di antara dada dan leher beliau. 
  3. Baginda sangat mementingkan umatnya. Baginda memberi ucapan berbentuk pesanan kepada orang ramai di hari-hari terakhir Baginda.
Selebihnya bolehlah baca buku ini sendiri. InsyaAllah setiap orang akan dapat pengajaran-pengajaran yang berbeza-beza daripada buku ini. Saya sarankan 100% untuk kalian membaca buku ini. Sebagai seorang bapa, pemimpin, sahabat, suami dll, Rasulullah saw adalah contoh terbaik sekali untuk kita ikuti. 


Dapatkan Ar-raheeq Maktum di sini : http://www.4shared.com/office/BXSqEhQF/Ar-Raheeq_Al-Makhtum.html?

Selamat membaca :)

No comments: