Friday, July 13, 2012

Summer Training Camp 2012

Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana diberi peluang untuk ke STC kali ini.
Lepas baca blog kawan tentang STC, ingat nak share gak la apa yang kita dapat kat STC. Kot-kot dengan sharing kita ni, ada yang berkeinginan nak pergi pula tahu depan ke, who knows? :)

Walaupun perjalanan kami mengambil masa lebih banyak berbanding masa yang berada di STC tu, tapi ibrahnya/ pengajarannya jauh lebih banyak. Alhamdulillah.

Kat STC, kami main banyak games/ outdoor activities seperti hiking, war game, dan juga galah panjang. Since kami balik awal, kami tidak berkesempatan untuk pergi paddling dll. Selain outdoor activities, kami ada juga dengar perkongsian daripada Akh Rasydan tentang Jejak Andalusia dan Constantinople. Best2 :) Owh tidak lupa gak tentang Joepardeen, iaitu game berasaskan pengetahuan kita. 2 group akhwat vs 2 group ikhwah. Seronok :)

Mari kita share serba sedikit pengajaran yang kita dapat dari STC kali ini :

  • Hiking : Masuk hutan, air pun cukup2 aje, panas pulak tu. So banyak belajar erti sabar dan syukur. Sabar menahan kepanasan dan syukur sebab masih ada kudrat untuk berjalan. Jangan asyik nak mengomel aje! 
  • War game : Kena berani bertindak. Jangan pakat tunggu orang aja. Starts with the first step! Dalam pasukan pasti ada cabarannya sendiri. Kena pandai cater cabaran2 ni.
  • Jejak Andalusia + Constatinople : Kita kena pergi tempat2 sebegitu dan kaji tentang sejarah Islam. Kena tahu yang Islam dahulu jauh lebih hebat daripada American sekarang ini. Berjalan dengan menggunakan hati untuk memahami, mata untuk melihat kebesaran Ilahi dan telinga untuk mendengar ayat2 Allah. 
  • Jeopardeen : Awesome! Kena jadi speaker tapi bukan contributor jawapan sangat pun. Terasa diri ini cam banyak lagi pengetahuan tentang Islam, Al-Quran, Sirah dll yang tak cover. Surah Kahfi berapa panjangnya pun masih ragu2. Kagum dengan akhwat2 lain yang dah tahu tentang ini semua. 

Overall, berpuas hati dengan STC kali ini. Kalau ada rezeki, nak join tahun depanlah pulak, InsyaAllah :) 

No comments: