Monday, February 7, 2011

dulu dan sekarang amatlah berbeza

Salam.

Kawan2, pernah x dengar mak ayah kita pesan supaya ikut cakap cikgu kita 100%?
pernah x dengar orang tua2 cakap yang cikgu lah yang betul, kita lah yang salah?
pernah x? pernah kan?

Saya selalu dengar mak saya berpesan macam itu. Kalau kita lihat zaman dulu2, murid2 semua takut dengan cikgu. Semua yang cikgu cakap semuanya betul. Cikgu dipandang mulia di mata masyarakat dahulu. Dan, mak ayah x pernah pun campur tangan dalam hal2 sekolah ini. Bak kata orang tua2, mak ayah meletakkan semua kuasa mereka ke atas anak mereka kepada cikgu2 tatkala di sekolah dahulu. Hal ini sebab mereka percaya akan cikgu2. Kalau dahulu apabila cikgu rotan murid2 & murid itu mahu mengadu kepada ayahnya, pasti murid itu dimarahi balik oleh ayahnya.

Tapi zaman sudah berubah. Sekarang, tatkala murid2 dimarahi oleh cikgu, pasti mak ayah akan membela murid tersebut sampai membesar-besarkan isu ini kepada pihak sekolah. Hak cikgu sudah diketepi. Bagi saya, hal ini lah yang menyebabkan murid2 mudah naik kepala dan sudah tidak menghormati cikgu.

Dahulu, cikgu dipandang tinggi dan martabatnya sangatlah tinggi. Akan tetapi, semua sudah berubah. Sedikit masalah yang timbul di sekolah, cikgu lah orang yang pertama menjadi mangsa tundingan mak ayah. Salah sikit je, cikgu yang salah. haih, apa lah nasib cikgu.

Saya harap, ibu bapa di luar sana yang sangat memanjakan anak mereka harus sedar bahawa tanpa cikgu, siapalah anak-anak mereka. Jasa cikgu tidak dapat dibalas sampai bila2.

p/s: Cikgu2 ku, terima kasih! Tanpa cikgu, siapalah diriku ini.

No comments: