Sunday, February 6, 2011

Allah sayang kita

Jika engkau memandang segalanya dari ALLAH,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakitnya hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan kehidupanmu
pasti akan damai dan tenanglah hidupmu.
Kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan
segalanya terhadapmu
untuk sesuatu yang sia-sia??
Bukan ALLAH tidak tahu derita hatimu,
pecah hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu,
mungkin untuk menguji sedalam mana cinta,
dan pengorbananmu untuk-Nya,
juga kerana Dia tahu,
hati yang sebeginilah selalunya
lebih lunak, lebih dekat
dan lebih mudah akrab dengan-Nya...
Oleh itu, ingatlah Dia selalu
kerana Dia tidak pernah melupakan
dan meninggalkan kita...

2 comments:

'Izzah said...

likeeeee! thanks for sharing nabilah =)

Nabilah Farhana Yahya said...

jeej, no problem :)