Wednesday, June 10, 2009

Al-Ma'tsurat??? Apakah itu???

salam'alaik..
rakan-rakan, tahukah anda apa itu Al-Ma'tsurat? Bagi yang bersekolah di asrama @ di sekolah agama, mungkin anda pernah membacanya. Tapi bagi yang tak pernah dengar tentang ini, saya akan mengupas sedikit tentang Al-Ma'tsurat ini.

Al-Ma'tsurat ini adalah himpunan do'a & zikir Rasulullah S.A.W. Baginda membacanya ketika pagi & petang. Do'a dan zikir ini dikumpul oleh Hasan Al-Bana dan dibukukan agar kita dapat membacanya dengan mudah.

Rakan-rakan, Al-Ma'tsurat ini banyak manfaatnya. Hal ini kerana, di dalamnya terkandung amalan-amalan yang dapat menguatkan iman, istighfar, mensyukuri nikmat, memohon kesihatan dan sebagainya.

hurmm..cakap pasal manfaat nih, saya ingin berkongsi sedikit tentang kisah benar yang berkaitan dengan keajaiban Al-Ma'tsurat ini. Begini ceritanya.....

Ada seorang pelajar ini. Dia adalah seorang murid Tingkatan 4 yang biasa-biasa aje. Takde la pandai sangat. Selalu dapat no 70+ / 178. Tetapi, suatu ketika dahulu, dia telah diperkenalkan dengan Al-Ma'tsurat ini. Dia amatlah tertarik akan Al-Ma'tsurat ini. Setiap pagi dia akan membaca Al-Ma'tsurat ini sebelum dia ke kelas. Amalan dia berterusan hinggalah dia meningkat umur ini.
Nak dibuatkan cerita, ketika dia mula beristiqamah dalam membaca Al-Ma'tsurat ini, dia sedang menduduki peperiksaan Mid-Term 1. Dia dapat merasakan bahawa hatinya sangat tenang semasa dia menjawab kertas peperiksaan itu. Dan usahanya telah membuahkan hasil. Dia mendapat keputusan yang sangat memberangsanagkan. No 11 / 178 !!! Wah, terkejut !! Tak pernah dia dapat keputusan yang sebagus itu. Bagi pelajar ini, amalan membaca Al-Ma'tsurat ini lah yang membantu dia berjaya dalam peperiksaan tersebut. Ini disebabkan, dia menjadi lebih dekat dengan Allah dan Allah sentiasa berada di sisinya.

Ha rakan-rakan. Macam mana? Hebat tak Al-Ma'tsurat ini? Hebatkan. Dengan membaca Al-Ma'tsurat ini, kita akan lebih dekat dengan Allah, Pencipta kita. Seronok. Bukan itu sahaja, kita juga akan mendapat pahala kerana telah melaksanakan sunnah Rasulullah SAW. Bukankah itu sangat bagus??

hurmm...Konklusinya, marilah kita amalkan pembacaan Al-Ma'tsurat ini. Kalau boleh pagi & petang. Kalau tak pun, buatlah sekali setiap hari. Moga-moga, dengan membaca Al-Ma'tsurat ini, hati kita akan sentiasa mengingati Allah dan sentiasa tenang serta bersih. Amin...









6 comments:

Abdul.Fatah.Firdaus said...

bagus entri.
banyak lupa dah mathurat.
kena lekatkan balik dalam otak ni.

panod said...

Salam perkongsian.....
sebuah nasyid diambil dari doa rabitah yg ad dlm bacaan mathurat


http://panod.blogspot.com/2009/05/rabitah-hati.html

Anonymous said...

178.mcm no of students batch pioneers je.
cerite kanak2 ssp ke?
ape2 pn,mmg dh lama sgt xbc al-ma'tsurat.
rindu bace ramai2.
(=_=)
-'izzah-

arabella said...

hehe.
sy cm taw spe je org itu bell.
x nk gtaw ke?
huhu

Nabilah Farhana Yahya said...

to fatah :thanks..betul tu..kne tampal supaye sng bce..bgn2 trus bace..

to panod : thanx.

to izzah : a'ah..cite kanak2 pioneers..heheh

to ara : hurmm..ko taw?? klu taw, senyap aje..
heheh

arabella said...

haha.yeye