Friday, April 30, 2010

lesson 1 : HARI KIAMAT

salam.

Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Kita juga tahu kemudian hari kita pasti akan dibangkitkan semula selepas mati. Hari kiamat merupakan hari di mana seluruh makhluk ciptaan Allah termasuklah manusia akan dimatikan. Cuma kita tidak tahu bila masanya akan berlaku kiamat ini. Tidak ada sesiapa pun tahu bila tibanya kiamat melainkan Allah.

Allah SWT. Berfirman, “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat.” (Luqman 34)

Walaupun begitu, tanda-tanda kiamat ada diterangkan dalam hadis-hadis nabi sebagai amaran dan
peringatan kepada kita.

Antara tanda-tanda kiamat hampir tiba ialah:

1) Diutusnya Rasulullah saw

Jabir r.a. berkata, ”Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, ‘(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian.’ Beliau melanjutkan, ‘Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini.’ Rasulullah saw. mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2) Berlakunya perkara-perkara yang diharamkan secara terbuka (zina, minum arak)

Berdasarkan statistik, jumlah anak luar nikah bagi tahun 2009 adalah sebanyak 17000 (JPN). Bukankah jumlah itu sangat-sangat banyak. Hal ini adalah kesan daripada perzinaan yang berleluasa. Tidakkah kita sedar bahawa zina itu haram disisi Allah. Tapi masih ramai yang terjebak dalam perkara ini. Astaghfirullah hal 'azim. Bak kata seorang ustaz, bayangkan jika nenek moyang kita datang dan lihat keadaan zaman kita, sudah pasti mereka akan mati terkejut.Astaghfirullah..

3) Bilangan perempuan lebih ramai daripada bilangan lelaki

Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinahan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)

4) Hamba melahirkan tuannya.

Kita tahu bahawa selepas kedatangan Islam, sistem perhambaan telah dihapuskan. Oleh itu, hadis ini mempunyai isi tersiratnya. Cuba kita kaitkan hadis ini dengan keadaan zaman sekarang. Ibu bapa zaman sekarang sudah kurang menegur anak-anak tentang sesuatu perkara. Mereka sendiri takut ingin menegur anak-anak kerana sudah pasti anak-anak akan memberontak. Dalam konteks hadis ini, hamba merupakan ibu bapa manakala tuan merupakan anak-anak.
Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang hamba melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)
Astaghfirullah.
Dekat sudah kita dengan hari kiamat. Tetapi, sudah cukupkah amalan kita untuk dibawa berhadapan dengan Allah nanti? Renung-renungkanlah.

"Jagalah diri kamu, keluarga kamu daripada api neraka"

2 comments:

LynaLysa said...

wow.

thx kak bell for the reminder!kita selalu lupa yang tanda2 kiamat tu makin hari makin bnyk sebab kita mula lali dgn perbuatan jahilliyah yag berlaku skrg..itu y bahaya tu kan?

again,thx for the reminder! :)

Nabilah Farhana Yahya said...

no problem la darling...
it's our job to remind ourselves together..
:)
:)