alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih dapat menghirup udara ciptaanMu, ya Allah.
Baru-baru ini, saya telah terkena demam panas. Nak kata panas sangat, tak ada la. Tapi, sebenarnya hal ini disebabkan saya kurang menjaga kesihatan saya sejak kebelakangan ini. Oleh itu, saya terpaksa berehat di rumah buat seketika waktu. Alhamdulillah, sekarang sudah beransur pulih. Terima kasih kepada sesiapa yang bertanya dan mendoakan untuk saya.
Kawan-kawan,
betul tak selalunya kalau kita sakit, kita akan banyak mengeluh? Kita tertanya-tanya kenapa Allah turunkan sakit kat kita? Dah la nak exam, pastu sakit pulak. betul x? Selalunya kita fikir macam tu kan?
Isyk2..x elok la fikir macam tu. Sepatutnya, kita bersyukur sebab Allah bagi kita sakit itu. Bak kata kawan saya, 'bila kita sakit, Allah bagi peluang kat kita untuk Dia hapuskan dosa kita'...bestkan!
Lagi satu, bukankah selalunya semase sakit la kita akan ingat Allah berbanding tyme kita gembira. So, bila dah sakit, janganlah asyik merungut sana-sini x tentu pasal. Kan lebih elok kalau kita berzikir ke baca quran ke..x pun berdoa kepada-Nya agar Allah ampunkan dosa kita.
betul x??!?!
Konklusinya, sakit itu tanda Allah sayang kat kita taw! :D
4 comments:
ya, kne byk2 sabar
nabilah kuat, kan..
:)
btol2..kne bersabar byk2..
yeye, kite kuat :)
thnx sab :D
betul! btw bell. nnt kite discuss lg ye. :D
wokeyh bee..nnt kte diskus :D
Post a Comment