salam.
alhamdulillah diriku masih berpijak di bumi Allah.
beberapa hari lepas, ku telah mengikuti program genQ di Darul Fridaus. Alangkah indahnya saat-saat ku di sana. Banyak yang ku pelajari di sana terutamanya tentang Hadis Ghulam. Ku amat tertarik dengan topik ini.
Hadis Gulam ini berkisahkan seorang pemuda yang mempelajari ilmu sihir serta ilmu agama pada zaman dahulu. Apa yang tertarik dengan hadis ini ialah, ia sangat signifikan dengan diri kita sebagai seorang remaja.
Pada peringkat ini, kita tahu diri kita sibuk mengejar kecemerlangan duniawi, tetapi adakah ini matlamat hidup kita yang utama? Adakah ini tujuannya Allah mecipta kita? Refleks balik ayat ini.
'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi ini"..' (2: 30)Bukankah begitu? Allah menciptakan kita supaya menjadi khalifah di bumi ini serta beribadah kepada-Nya. Khalifah bukan sahaja bermaksud pemimpin, tetapi ia juga membawa maksud menyampaikan ajaran Allah. Oleh itu, kita tidak seharusnya mengejar dunia sahaja, tetapi juga mengejar kecemerlangan akhirat nanti.
Berbalik kepada Hadis Ghulam tadi, kita dapat lihat pemuda itu mempelajari kedua-dua ilmu, yakni ilmu sihir (duniawi) dan ilmu agama (akhirat). Kita seharusnya menjadi seperti ghulam itu. Tanpa mengabaikan ilmu duniawi, kita perlu belajar ilmu agama juga. Bukankah hidup ini lebih bermakna jikalau kita berjaya dalam kedua-duanya sekali.
Cuba kita ingat balik pelajar-pelajar terbaik SPM tahun-tahun lepas. Azali Azlan 20 1A (SMKA Yan) , Nik Normadiha 19 1A (Maahad Muhammadi Perempuan). Bukankah mereka adalah dikalangan pelajar-pelajar sekolah agama? Kekadang ku terfikir, apakah kelebihan yang mereka ada sampai mereka cemerlang sebegitu rupa? Semestinya mereka berusaha sambil tidak melupakan Yang Maha Mencipta. Mereka tidak pernah mengabaikan Allah, sebaliknya sering memohon serta bermunajat kepada-Nya agar mempermudahkan pembelajaran mereka.
Seorang akhawat telah memberitahu ku bahawa ilmu-ilmu duniawi ini boleh kita jadikannya sebagai alat untuk kita menyampaikan ajaran Allah. Contohnya, dalam Hadis Ghulam, pemuda itu telah belajar mengubati orang buta, sopak dan segala jenis penyakit dan apabila orang bertanya siapakah yang mengubati penyakit itu, beliau menjawab, "Yang bisa menyembuhkan penyakit adalah Allah Azza wa Jalla. Jika anda beriman dengan-Nya dan berdoa kepada-Nya, nescaya Dia akan menyembuhkanmu." Lalu ramailah yang telah beriman kepada Allah dan sembuh.
Sudah panjang meleret post kali ini.
Apa yang cuba saya sampai sebenarnya ialah kita sepatutnya mengejar kebahagian di akhirat mahupun di dunia. Ingatlah matlamat utama kita adalah menjadi khalifah di bumi ini serta beribadah kepada-Nya. Apa kata, tahun ini kita tanamkan niat kerana Allah dalam setiap perkara yang kita kerjakan serta tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama kita yang satu ini.
Akhir kata, mohon maaf jika terkasar bahasa, terguris hati. Jika ada kesilapan, mohon diperbetulkan. Diriku ini hanyalah insan biasa yang sedang belajar.
"Indahnya hidup ini jikalau kita mendapat rahmat serta keredhaan daripada-Nya"