Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang wuduk. Sejak dibangku sekolah lagi kita tahu bahawa tanpa wuduk, tidak sah la solat kita. Tanpa wuduk, kita tidak boleh menyentuh Al-Quran. Tapi adakah kita tahu apakan signifikan wuduk sebenarnya??
Untuk pengetahuan semua, pemilihan anggota-anggota badan wajib wuduk sebenarnya ada kaitan dengan kisah Nadi Adam a.s serta isterinya, Hawa yang termakan buah kholdi dan menyebabkan mereka dijatuhkan ke bumi.
Pertama, muka. Kita perlu membersihkan muka ketika berwuduk kerana untuk mengenang kembali kesilapan Nabi Adam a.s dan Hawa yang terpandang ke pokok yang dilarang oleh Allah.
Kedua, tangan hingga ke siku. Hal ini adalah kerana atas kesilapan Nabi Adam a.s dan Hawa yang memetik buah pada pohon tersebut.Ketiga, kepala. Kepala pula adalah untuk menunjukkan bahawa Nabi Adam a.s dan Hawa telah menyesal atas kesilapan yang telah mereka lakukan.
Yang terakhir, kaki. Kaki sebagai anggota wajib dalam wuduk kerana ingin menunjukkan kesilapan Nabi Adam a.s dan Hawa yang bergerak ke arah pokok yang dilarang oleh Allah.
hurmm..itu sahaja yang mampu ku kongsi bersama kali ini. Harap dapat menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Wassalam..
