Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang wuduk. Sejak dibangku sekolah lagi kita tahu bahawa tanpa wuduk, tidak sah la solat kita. Tanpa wuduk, kita tidak boleh menyentuh Al-Quran. Tapi adakah kita tahu apakan signifikan wuduk sebenarnya??
Untuk pengetahuan semua, pemilihan anggota-anggota badan wajib wuduk sebenarnya ada kaitan dengan kisah Nadi Adam a.s serta isterinya, Hawa yang termakan buah kholdi dan menyebabkan mereka dijatuhkan ke bumi.
Pertama, muka. Kita perlu membersihkan muka ketika berwuduk kerana untuk mengenang kembali kesilapan Nabi Adam a.s dan Hawa yang terpandang ke pokok yang dilarang oleh Allah.
Kedua, tangan hingga ke siku. Hal ini adalah kerana atas kesilapan Nabi Adam a.s dan Hawa yang memetik buah pada pohon tersebut.Ketiga, kepala. Kepala pula adalah untuk menunjukkan bahawa Nabi Adam a.s dan Hawa telah menyesal atas kesilapan yang telah mereka lakukan.
Yang terakhir, kaki. Kaki sebagai anggota wajib dalam wuduk kerana ingin menunjukkan kesilapan Nabi Adam a.s dan Hawa yang bergerak ke arah pokok yang dilarang oleh Allah.
hurmm..itu sahaja yang mampu ku kongsi bersama kali ini. Harap dapat menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Wassalam..

7 comments:
nice entry! baru kutahu..:D
selain tuh kan, bila tido lam wudhu nih kita terlepas dr 3 ikatan syaitan tuh..
haa senang skit nk bgun subuh pasni..
(^_^)
to tini : hmm..betol tu tini...
so lepas nih kene la amalkan amek wudhu before tdo..
:-D
oh ustazah,,,
nnt citer psal hamba lak ek..
ana bg idea saje..
cik tini>>senang hati saya dgn ayt yg last tu..yey!
hehe..bkn sarcastic =.='
ohh.baguslah bila diingatkan balik.
selalu lupa akan diri ini.
;)
salam..
tahniah,
sharing is caring..
hehe..
wuduk permulaan kpd solat,
wuduk yg x sempurna akan menjejaskan kualiti solat..
ooh, harap2 kita semua lebih teliti masa ambil wuduk agar ibadah jd lebih sempurna..
tini, bell,
nak wat x solat jemaah subuh??
xde la kita sng terlepas subuh..
nak2??
to anonymous : insyaAllah ku akan cube usahakan psl hamba itu..klu ade bahan yg menarik, akan ku kongsi bersame k...
to fatah : hmm..itulah fungsinya saudara-saudari...ingat-mengingati antara satu sama lain..
to amie : terima kasih atas pujian..betul 2..tanpa wuduk yang sempurna, solat kita akan terjejas...hmm..boleh jugak..bagus sgt cadangan tu..nak2!!
to anonymous>> ehem2..panas ah bilik nih..hmm..
to amie>> hah! elok jugak tuh..boleh la di bincang kemudian..kene pikir tempat n kemudahan gak tuh..
Post a Comment