Friday, May 11, 2012

One year before graduating

Alhamdulillah for this blessing life, Ya Allah.
Now I am officially done with my Junior year. Next Fall, I'm going to be a Senior.
How fast the time went.

One year left. There is bunch of stuff I have to start thinking about it.
Further study? Working? Marriage? DnT?

But for now, I would say that I feel thankful for what Allah has given me for the past semesters.
Studying here, meeting with them, working with them are should great experiences in my life.
The best part of this life in US, I become more concern about the Ummah live around me.

Hopefully, with this one year ahead, I will use my time to experience more, insyaAllah!

Wednesday, April 25, 2012

tatkala dihujani dengan pelbagai kerja

Assalamualaikum wbt.

tika semester Spring hampir melabuhkan tirainya, banyak kerja perlu diselesaikan. assignments, revision for final exams, project work dll. Tidak lupa juga kerja2 diluar kelas. itu lah ini lah. Tambahan pula kerja-kerja dakwah dan tarbiyah yang tidak pernah putus dari kamus hidup ini.
Kadang-kadang rasa nak bernafas pun susah. rasa serabut.

Di tengah-tengah kesibukan ini, diri ini telah mengenalpasti kelemahan diri ini. Diri ini tidak menyusun kerjanya dengan elok. teringat pesan seorang kakak ni, nak jadi manusia super saiya, kerja kena tersusun (10 muwasafat). Kena ada objektif and prioritization. ha! baru boleh jadi manusia super saiya~

insyaAllah mari kita perbaiki diri kita ini untuk menjadi manusia yang tersusun kerjanya. Jom buat checklist! so that we know what we should achieve at the end of the day.

ada tambahan yang nak dikongsi bersama. Tatkala kita diuji ini, eloklah kita pertambahkan amal kita, dekatkan diri padaNya, insyaAllah Dia pasti akan memudahkan kerja kita. Everything will be fine as long as we ask for His help and do everything just for the sake of His blessing.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar." (2:153)

Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan kepada semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, insyaAllah. Bittaufiq wannajah..

Sunday, April 15, 2012

Hati

Assalamualaikum wbt :)

Rakan-rakan, nak tahu sesuatu tak tentang hati kita ini?

Tahu tak hati kita ini dimana letakkan?
Hati kita di DADA. nak confirmation, boleh rujuk Al-Quran, surah Al-Hajj (22:47).
*baca terjemahan ayat tu, nanti ada menyatakan hati itu terletak di dada.

Tahu tak hati kita ini berkuasa?
Hati kita ini kan, sebenarnya sangat berkuasa. Fungsinya menentukan jasad kita adakah baik atau buruk.
Buktinya ada di dalam Hadis di bawah ini.
"Ketahuilah, pada setiap tubuh ada segumpal daging yang apabila baik maka baiklah seluruh jasadnya dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, ia adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim)

So, kot-kotlah hati kita ini sakit/ rosak, ada ubat dia tak? Selalunya kalau kita demam, doktor bagi ubat or kita makan Panadol. Hati kita ini pula macam mana nak dirawat eh?
Hmm, ada ubatnya. ada lima.
1) Baca Al-Quran dan maknanya
2) Dirikan solat malam
3) Berkumpullah dengan orang soleh
4) Perbanyakkan berpuasa
5) Zikir malam perpanjanglah






Yok rawat hati kita ini. Moga cahaya (Nur) itu senang nak masuk dalam hati kita ini :)

Tuesday, April 3, 2012

Our Concern

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Allah has given the chance for me and you to live this world till now. How are you doing, my friends? Hope your life will be blessed by Allah all the time.

I just want to share with you about what happen last Friday. Maybe some of you had read about it and maybe not. So, here I am to share with you about this event.

Last Friday, March 30th 2012. On that day, people around the world including Malaysian participated in the Global March to Jerusalem (GMJ). This march will demand freedom for Jerusalem and its people and to put an end to the Apartheid, ethnic cleansing and Judaisation policies affecting the people, land and sanctity of Jerusalem.

Like Ooi Kok Hin said, this is a human right issue that deserves our attention and we the citizens of the world play a very important role in giving hope and courage to the people of Palestine.

And as a Muslim, we must concern about what is really happening in Jerusalem. There are thousands of our brothers and sisters lost their family members in front of their eyes. We should put our efforts to help them. Do something about it. Pray for them. Help them by improving ourselves as Muslim. We have to bring back the Caliph System. So that we can fight the Zionist regime.

Abu Hamzah Anas bin Malik ra, who was the servant of the Messenger of Allah, reported that the Prophet saw said : "None of you truly believes (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself" [Al-Bukhari & Muslim]

Wednesday, March 21, 2012

Penolong agama Allah

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, berakhir sudah spring break ku kali ini. Spring break kali amat bermakna buatku. Aku diuji tetapi alhamdulillah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. Terima kasih Allah.

Tatkala ku di Ohio, kami telah diberi task untuk menghafal sepotong ayat Allah yang berbunyi seperti di bawah :
Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. [47:7]


Pada mulanya, ku kurang faham dengan ayat tersebut. Tetapi sepanjang daurah, ku lihat betapa pentingnya kita menjadi penolong agama Allah itu. Kalau bukan kita, siapa yang akan memegang tanggungjawab ini? Bukankah kita mahu menegakkan syiar Islam itu? Bukankah kita mahu menjadi sebahagian daripada yang merialisasikan ketetapan Allah iaitu Islam sebagai World Order?

Sedarkah kita tentang apa yang berlaku di Syria? Palestin? Mereka bertungkus-lumus untuk mempertahankan tanah Islam.

Sedarkah juga kita tentang apa yang berlaku di negara-negara Islam yang lain seperti negara kita, Malaysia? Layakkah kita memanggil negara kita itu sebagai salah satu negara Islam? Lihat sahaja pada akhlak keperibadian remaja-remajanya? Na'uzubillah.

Risaukah kita? Ambil pedulikah kita tentang isu-isu ini?

Dengan persoalan-persoalan sebegitu, rasanya sudah tiba kita menjadi penolong agama Allah itu. Allah dah janjikan kepada kita bahawa jika kita menolong-Nya, Dia pasti menolong kita. So, apa perlu kita risau lagi?

Mungkin adanya bertanya, tetapi bagaimana? bagaimana diri ini boleh menolong agama-Nya?
Banyak caranya. Ikutilah sunnah Rasulullah saw. Cuba kita lihat bagaimana baginda mula-mula mengajak orang ramai beriman kepada Allah, bagaimana baginda mewujudkan individu-individu muslim yang hebat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Hamzah dll. Rasulullah saw telah memantapkan akidah dan keimanan mereka . Rasulullah saw juga menunjukkan qudwah hasanah kepada umatnya.

See..macam di atas la juga kita perlu buat. Mantapkan akidah dan keimanan kita serta mengajak orang lain untuk berbuat perkara yang sama. Jadikanlah diri ini sebagai qudwah hasanah agar dapat dicontohi oleh orang lain. Dengan kata lain, tingkatkan mutabaah amal kita, mengajak orang kepada amar, mencegah daripada mungkar, tinggalkan perkara sia-sia dll. Yang penting kajilah al-Quran dan As-sunah, agar ktia mengambil ibrah daripada peristiwa2 yang diceritakan dalam Al-Quran.

Yosh, jom. jadikan diri kita ini sebagai penolong (agama)Nya. Fastabiqul khairat! Intansurullah!

*mengingatkan diri ini juga tatkala terlupa*

Wednesday, February 29, 2012

Jauh di mata, dekat di hati :)

Aku merindui saat itu. Saat ketika kita mengharungi hidup sebagai pelajar di sebuah bandar pendidikan. Di situ, kita mula mengenali alam universiti. Di situ juga kita mula belajar mengenali-Nya dengan lebih mendalam. Tempat itu menjadi saksi kasih sayang kita hanya kerana Dia.

Dua tahun kita bersama, mengajar aku apa ertinya kehidupan. Dari bulatan yang kecil, membawa ku satu persaudaraan yang sungguh manis. Sama-sama kita nasihat-menasihati dalam pelajaran mahupun hal-hal lain.

Semakin hari kita semakin matang. Dan semakin ingin memperbaiki diri. Daripada solat sendirian kepada solat jemaah. Daripada belajar ilmu dunia semata-mata, kepada menghadirkan diri di surau untuk mendengar pesanan seorang insan yang mulia. Daripada puasa di bulan Ramadhan sahaja, kepada puasa sunat.

Aku ingat waktu itu. Kita tidak berkira untuk menghulurkan bantuan. Daripada sebuah kereta sebagai medium untuk bergerak ke sana ke mari, hinggalah tenaga untuk menyediakan jamuan makanan.

Alangkah manisnya saat itu. Alangkah rindunya aku akan kenangan itu. Dan alangkah rindunya aku kepada kamu semua. Walaupun jauh di mata, tetapi kamu semua dekat di hatiku ini. Terima kasih Allah kerana telah memberi peluang kepada ku mengenali mereka. Uhibbuki Fillah Abadan- Abada :)

Monday, February 27, 2012

Ketentuan Ilahi

Ya, Allah, terkejut ku terima berita tadi.
Sesungguhnya yang hidup pasti akan pergi.
Nyawa itu adalah milik-Nya.
Allah itu pemilik kita.

Buatmu, takziah ku ucapkan.
I wish I could be beside you right now.
Kamu sangat tabah menerimanya.
Moga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang soleh.
Al-fatihah

"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan." (Al-Waqiah: 60)

"Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanya pada Kamilah kamu dikembalikan." (Al-Ankabut : 57)