Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, berakhir sudah spring break ku kali ini. Spring break kali amat bermakna buatku. Aku diuji tetapi alhamdulillah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. Terima kasih Allah.
Tatkala ku di Ohio, kami telah diberi task untuk menghafal sepotong ayat Allah yang berbunyi seperti di bawah :
Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. [47:7]
Pada mulanya, ku kurang faham dengan ayat tersebut. Tetapi sepanjang daurah, ku lihat betapa pentingnya kita menjadi penolong agama Allah itu. Kalau bukan kita, siapa yang akan memegang tanggungjawab ini? Bukankah kita mahu menegakkan syiar Islam itu? Bukankah kita mahu menjadi sebahagian daripada yang merialisasikan ketetapan Allah iaitu Islam sebagai World Order?
Sedarkah kita tentang apa yang berlaku di Syria? Palestin? Mereka bertungkus-lumus untuk mempertahankan tanah Islam.
Sedarkah juga kita tentang apa yang berlaku di negara-negara Islam yang lain seperti negara kita, Malaysia? Layakkah kita memanggil negara kita itu sebagai salah satu negara Islam? Lihat sahaja pada akhlak keperibadian remaja-remajanya? Na'uzubillah.
Risaukah kita? Ambil pedulikah kita tentang isu-isu ini?
Dengan persoalan-persoalan sebegitu, rasanya sudah tiba kita menjadi penolong agama Allah itu. Allah dah janjikan kepada kita bahawa jika kita menolong-Nya, Dia pasti menolong kita. So, apa perlu kita risau lagi?
Mungkin adanya bertanya, tetapi bagaimana? bagaimana diri ini boleh menolong agama-Nya?
Banyak caranya. Ikutilah sunnah Rasulullah saw. Cuba kita lihat bagaimana baginda mula-mula mengajak orang ramai beriman kepada Allah, bagaimana baginda mewujudkan individu-individu muslim yang hebat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Hamzah dll. Rasulullah saw telah memantapkan akidah dan keimanan mereka . Rasulullah saw juga menunjukkan qudwah hasanah kepada umatnya.
See..macam di atas la juga kita perlu buat. Mantapkan akidah dan keimanan kita serta mengajak orang lain untuk berbuat perkara yang sama. Jadikanlah diri ini sebagai qudwah hasanah agar dapat dicontohi oleh orang lain. Dengan kata lain, tingkatkan mutabaah amal kita, mengajak orang kepada amar, mencegah daripada mungkar, tinggalkan perkara sia-sia dll. Yang penting kajilah al-Quran dan As-sunah, agar ktia mengambil ibrah daripada peristiwa2 yang diceritakan dalam Al-Quran.
Yosh, jom. jadikan diri kita ini sebagai penolong (agama)Nya. Fastabiqul khairat! Intansurullah!
*mengingatkan diri ini juga tatkala terlupa*
Wednesday, March 21, 2012
Wednesday, February 29, 2012
Jauh di mata, dekat di hati :)
Aku merindui saat itu. Saat ketika kita mengharungi hidup sebagai pelajar di sebuah bandar pendidikan. Di situ, kita mula mengenali alam universiti. Di situ juga kita mula belajar mengenali-Nya dengan lebih mendalam. Tempat itu menjadi saksi kasih sayang kita hanya kerana Dia.
Dua tahun kita bersama, mengajar aku apa ertinya kehidupan. Dari bulatan yang kecil, membawa ku satu persaudaraan yang sungguh manis. Sama-sama kita nasihat-menasihati dalam pelajaran mahupun hal-hal lain.
Semakin hari kita semakin matang. Dan semakin ingin memperbaiki diri. Daripada solat sendirian kepada solat jemaah. Daripada belajar ilmu dunia semata-mata, kepada menghadirkan diri di surau untuk mendengar pesanan seorang insan yang mulia. Daripada puasa di bulan Ramadhan sahaja, kepada puasa sunat.
Aku ingat waktu itu. Kita tidak berkira untuk menghulurkan bantuan. Daripada sebuah kereta sebagai medium untuk bergerak ke sana ke mari, hinggalah tenaga untuk menyediakan jamuan makanan.
Alangkah manisnya saat itu. Alangkah rindunya aku akan kenangan itu. Dan alangkah rindunya aku kepada kamu semua. Walaupun jauh di mata, tetapi kamu semua dekat di hatiku ini. Terima kasih Allah kerana telah memberi peluang kepada ku mengenali mereka. Uhibbuki Fillah Abadan- Abada :)

Monday, February 27, 2012
Ketentuan Ilahi
Ya, Allah, terkejut ku terima berita tadi.
Sesungguhnya yang hidup pasti akan pergi.
Nyawa itu adalah milik-Nya.
Allah itu pemilik kita.
Buatmu, takziah ku ucapkan.
I wish I could be beside you right now.
Kamu sangat tabah menerimanya.
Moga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang soleh.
Al-fatihah
"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan." (Al-Waqiah: 60)
"Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanya pada Kamilah kamu dikembalikan." (Al-Ankabut : 57)

Thursday, February 9, 2012
Terus mencuba
wahai adikku
jangan pernah putus asa.
teruskanlah mencuba.
walaupun kamu perlu bertatih,
teruskan bertatih.
yang pasti,destinasi itu pasti kau jejaki.
biarpun lambat, asalkan selamat.
teruslah kamu maju mencapai ke destinasi kamu..
p/s: maaf atas kesilapan typo sebelum ini..

Tuesday, January 31, 2012
Cinta itu milik siapa?
Bercerita tentang cinta, tahukah kita apa itu cinta? cinta yang dipaparkan melalui media-media massa dan novel-novel cinta itu banyak menceritakan tentang cinta kita pada manusia. Tetapi tidakkah kita ketahui bahawa di atas cinta manusia itu, cinta yang teragung itu milik Allah, Tuhan yang menciptakan kita.
Mungkin ada orang bertanya, bagaimana nak mempamirkan cinta kita kepadaNya. Caranya sungguh simple. Dekatkanlah diri kita padaNya. Buatlah apa yang disuruh olehNya dan tinggalkanlah apa yang dilarang olehNya. Build our relationship with Him. Trust me, insyaAllah apabila kita mendekatkan diri dengan Allah, kita akan merasa cinta Allah itu. Kita dapat rasa manisnya agama itu. Dan insyaAllah segala urusan kita dipermudahkan.
Di sini bukannya nak deny tentang cinta manusia itu, tetapi ingin menegaskan bahawa Allah lah pemilik sebenar cinta itu. Tak salah untuk kita mencintai manusia tetapi seharusnya niat kita itu kerana Allah. Cinta ibu bapa kita kerana Allah. Cinta rakan-rakan kita kerana Allah. Dll. Cinta itu suci dan janganlah mengotorinya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Wassalam.

Aku cinta Allah
Wednesday, January 18, 2012
Bulatan itu
Bulatan itu.
Bulatan yang kecil tapi bermakna buat diriku.
Bulatan yang telah menyedarkan ku daripada kelekaan dunia
Bulatan yang telah menyedarkan ku tentang bestnya ukhuwah itu
Bulatan yang telah mengajak ku mendamping-Mu
Bulatan yang telah mengajar ku tentang matlamat hidup ku yang sebenar
Bulatan yang telah banyak mengubahku ke arah lebih baik
Bulatan itu lah...
Ku rindu sangat2 bulatan itu..
Terima kasih telah memperkenalkan bulatan itu kepada ku.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada ku untuk berada dalam bulatan itu.
Terima kasih. Syukur Alhamdulillah..
Monday, January 9, 2012
Sang Pencerah
Salam.
Just nak share tentang pengajaran yang ku dapat melalui filem 'Sang Pencerah'. Filem ini menceritakan tentang Ahmad Dahlan, peneraju Muhammadiyah di Indonesia dahulu kala. Banyak yang beliau tempuhi untuk membersihkan Islam di tempatnya yang hampir melencong ke arah bid'ah. Beliau juga membentuk Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berfikiran maju sesuai dengnan perkembangan zaman.
Sedikit sebanyak yang ku dapat daripada filem ini adalah:

- Allah telah janji bahawa Allah pasti akan memudahkan urusan kita jika kita menolong agama Islam. Dalam konteks dakwah ini, mungkin merasakan ia berat tetapi dengan janji Allah ini kita mampu teruskannya. "Wahai orang2 beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad:7]
- Ambillah dan gunalah ilmu dan teknologi yang dicipta oleh orang barat untuk kegunaan ummah. Contohnya, Ahmad Dahlan mengambil idea menggunakan meja dan kerusi untuk mengajar anak-anak muridnya. Bagi kita pula, gunalah kesenangan teknologi ini seperti blogs untuk berkongsi bersama rakan tentang ajaran Islam.
- Memahami maksud ayat2 alQuran dengan sebenar-benarnya dan mempraktikkannya. Jangan hanya membaca dan menghafalnya semata-mata.
- Islam itu simple. Tapi kita selalu menjadikan ia susah dengan mencampurkannya dengan adat2. Buatlah sekadar yang mampu. Contohnya kita hendak bernikah tetapi tidak mempunyai wang untuk membuat majlis. Pernikahan itu sah tanpa sebarang majlis. Majlis itu hanyalah adat yang merumitkan agama. kalau nak buat majlis, buatlah ikut kemampuan.
- Berbahaslah dengan orang lain secara berhimmah. Maksudnya mengguna bahasa yang mudah dan sedap didengar tanpa meninggikan sebarang suara pun. "Serulah semua manusia kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pelajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang paling baik." [An Nahl:125]
- Kita adalah pemimpin diri kita sendiri dan juga orang lain. Jangan membuat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan orang lain.
Banyak lagi yang boleh dipelajari daripada cerita ini. Kalau free2, tengoklah :)
Moga bermanfaat untuk semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)