Tuesday, January 31, 2012

Cinta itu milik siapa?

Bercerita tentang cinta, tahukah kita apa itu cinta? cinta yang dipaparkan melalui media-media massa dan novel-novel cinta itu banyak menceritakan tentang cinta kita pada manusia. Tetapi tidakkah kita ketahui bahawa di atas cinta manusia itu, cinta yang teragung itu milik Allah, Tuhan yang menciptakan kita.

Mungkin ada orang bertanya, bagaimana nak mempamirkan cinta kita kepadaNya. Caranya sungguh simple. Dekatkanlah diri kita padaNya. Buatlah apa yang disuruh olehNya dan tinggalkanlah apa yang dilarang olehNya. Build our relationship with Him. Trust me, insyaAllah apabila kita mendekatkan diri dengan Allah, kita akan merasa cinta Allah itu. Kita dapat rasa manisnya agama itu. Dan insyaAllah segala urusan kita dipermudahkan.

Di sini bukannya nak deny tentang cinta manusia itu, tetapi ingin menegaskan bahawa Allah lah pemilik sebenar cinta itu. Tak salah untuk kita mencintai manusia tetapi seharusnya niat kita itu kerana Allah. Cinta ibu bapa kita kerana Allah. Cinta rakan-rakan kita kerana Allah. Dll. Cinta itu suci dan janganlah mengotorinya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Wassalam.



Aku cinta Allah

Wednesday, January 18, 2012

Bulatan itu



Bulatan itu.
Bulatan yang kecil tapi bermakna buat diriku.
Bulatan yang telah menyedarkan ku daripada kelekaan dunia
Bulatan yang telah menyedarkan ku tentang bestnya ukhuwah itu
Bulatan yang telah mengajak ku mendamping-Mu
Bulatan yang telah mengajar ku tentang matlamat hidup ku yang sebenar
Bulatan yang telah banyak mengubahku ke arah lebih baik
Bulatan itu lah...

Ku rindu sangat2 bulatan itu..
Terima kasih telah memperkenalkan bulatan itu kepada ku.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada ku untuk berada dalam bulatan itu.
Terima kasih. Syukur Alhamdulillah..

Monday, January 9, 2012

Sang Pencerah

Salam.

Just nak share tentang pengajaran yang ku dapat melalui filem 'Sang Pencerah'. Filem ini menceritakan tentang Ahmad Dahlan, peneraju Muhammadiyah di Indonesia dahulu kala. Banyak yang beliau tempuhi untuk membersihkan Islam di tempatnya yang hampir melencong ke arah bid'ah. Beliau juga membentuk Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berfikiran maju sesuai dengnan perkembangan zaman.

Sedikit sebanyak yang ku dapat daripada filem ini adalah:
  • Allah telah janji bahawa Allah pasti akan memudahkan urusan kita jika kita menolong agama Islam. Dalam konteks dakwah ini, mungkin merasakan ia berat tetapi dengan janji Allah ini kita mampu teruskannya. "Wahai orang2 beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad:7]
  • Ambillah dan gunalah ilmu dan teknologi yang dicipta oleh orang barat untuk kegunaan ummah. Contohnya, Ahmad Dahlan mengambil idea menggunakan meja dan kerusi untuk mengajar anak-anak muridnya. Bagi kita pula, gunalah kesenangan teknologi ini seperti blogs untuk berkongsi bersama rakan tentang ajaran Islam.
  • Memahami maksud ayat2 alQuran dengan sebenar-benarnya dan mempraktikkannya. Jangan hanya membaca dan menghafalnya semata-mata.
  • Islam itu simple. Tapi kita selalu menjadikan ia susah dengan mencampurkannya dengan adat2. Buatlah sekadar yang mampu. Contohnya kita hendak bernikah tetapi tidak mempunyai wang untuk membuat majlis. Pernikahan itu sah tanpa sebarang majlis. Majlis itu hanyalah adat yang merumitkan agama. kalau nak buat majlis, buatlah ikut kemampuan. 
  • Berbahaslah dengan orang lain secara berhimmah. Maksudnya mengguna bahasa yang mudah dan sedap didengar tanpa meninggikan sebarang suara pun. "Serulah semua manusia kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pelajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang paling baik." [An Nahl:125]
  • Kita adalah pemimpin diri kita sendiri dan juga orang lain. Jangan membuat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan orang lain. 
Banyak lagi yang boleh dipelajari daripada cerita ini. Kalau free2, tengoklah :)
Moga bermanfaat untuk semua.

Saturday, January 7, 2012

West Coast trip

Salam. 
Alhamdulillah, pada winter break kali ini saya berpeluang untuk berjumpa dengan rakan2 saya di Muktamar serta berjalan-jalan di sekitar west coast. Winter trip kali ini amat berbeza sekali berbanding tahun lepas. Saya dan rakan-rakan didedahkan dengan nature seperti sunset, gunung-ganang, laut, pinggiran pantai dll. Subhanallah, sungguh cantik pemandangan dan ciptaan Allah yang semula jadi ini. Kalau dilihat berulang kali, terasa kerdilnya diri ini. Siapalah kita berbanding ciptaan2 Allah yang sunggguh mengangumkan terutamanya sang matahari. 

Bercerita tentang nature, cuba kita lihat Surah As-Syam [91:1-6]
Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari (1) Demi bulan apabila mengiringinya (2) Demi siang apabila menampakkannya (3) Demi malam apabila menutupinya (gelap gelita) (4) Demi langit serta pembinaanya yang menakjupkan (5) Demi bumi serta penghamparannya (6)

 













Akhir kata, saya nak ajak rakan2 supaya melihat keindahan alam semula jadi yang terbentang luas ini. Sungguh dengan melihat penciptaanNya, kita pasti akan teringat pada Penciptanya. 

Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, agar kamu dapat pergi kian kemari di jalan-jalan yang luas. [71:19-20]

Thursday, December 22, 2011

pre-Muktamar 2011

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba. InsyaAllah esok akan bermulalah Program Muktamar 2011 di Las Vegas. Menimba ilmu, berjumpa kawan, mengenal rakan2 baru, dan etc.

InsyaAllah ku akan bertolak kejap sahaja lagi. Semoga perjalanan ini diberkati Allah. Ye yang paling penting, kena betulkan niat ku right now. Do this for Allah. To get His bless.

Dikesempatan ini, saya ingin mengajak rakan2 yang bakal tiba di Las Vegas nanti untuk betulkan niat hanya kerana Allah. Time program nanti, berdoalah banyak2 agar kita dapat kefahaman agama itu dan memperbaiki diri untuk jadi lebih baik. InsyaAllah.

LBNL, selamat bertolak kepada semua. selamat berjumpa di sana nanti. Moga Allah memberkati dan melindungi kita selalu. insyaAllah.

Friday, December 16, 2011

Pertandingan Video Osem APG'11 : bakat



"A believer to another believer is like a building whose different parts reinforce each other"
(Al-Bukhari & Muslim)

Wednesday, December 14, 2011

Berubah

Assalamualaikum..


Mohon maaf kerana sudah sangat lama tidak meng'update blog ini. Sampai berhabuk dah agaknya ni. InsyaAllah hari ini saya ingin membersihkan blog yang telah lama ditinggalkan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu topik. InsyaAllah akan memberi manfaat kepada semua. 


Ok. Senang je kalau tampak pada tajuk post ini, "Berubah!" Tapi mungkin semua tertanya-tanya berubah dari segi apa, bagaimana dan kenapa perlunya berubah ini. 


Pertama sekali, saya mahu tanya, berapakah umur kita hari ini? Mungkin sudah menjangkau 20-an kan? Berapa lamakah akan kita hidup di dunia ni? 40? 50? 60? Hanya Allah swt sahaja yang tahu bila ajal kita, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, "Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu)." [4:2]


Mungkin dengan usia 20-an ini, kita merasakan kejayaan dalam pelajaran dan pekerjaan adalah segala-galanya. Selain belajar, mungkin lepak2 dengan kawan itu sudah menjadi rutin2 harian kita. Pergi kedai mamak ke, tak pun pergi shopping kat mall sana sini. Itulah yang selalu kita buat ketika umur kita sedang meningkat ini. 


Tapi, cuba kita fikir kembali, dengan melakukan semua keseronokan itu, adakah kita bahagia? Mungkin kita dapat rasa kebahagian itu pada sesetengah waktu sahaja tapi adakah kebahagian itu berkekalan? Lagi satu, adakah dengan keluar dengan kawan tanpa tujuan yang betul dapat memberi manfaat kepada orang lain? Sudah tentu tidak. Itu lebih kepada keseronokan untuk diri sendiri, kan? Lagi satu, sampai bila agaknya kita perlu kejar keseronokan itu semua? Sampai kita dah berumah tangga? Sampai dah ada anak? Sampai ke tua? Bukankah perkara itu semua adalah sia2 semata-mata.


Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)


Firman Allah di atas telah terbukti bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Tapi, tidak bermaksud kita hanya menggunakan masa kita untuk melakukan ibadah (solat, puasa) kepada Allah tetapi mengabaikan kehidupan dunia. Cuma kita seharusnya menggunakan kehidupan dunia ini untuk menambah saham pahala kita untuk kegunaan di akhirat kelak. Hanya dengan menolong orang lain pun kita dapat menambah saham akhirat kita :)


Satu point yang saya rasa kita perlu berubah adalah, kita bakal mendirikan rumahtangga suatu hari nanti. Jikalau kita tidak ubah diri ini, bagaimana kita mahu mendidik anak2 kita kelak. Bayangkanlah betapa teruk masalah sosial dalam kalangan remaja di Malaysia. Jika kita ingin mengatasi masalah tersebut, kita kena pastikan kita pandai mendidik anak2 kita agar terhindar daripada masalah2 ini. Pupuk anak2 dengan didikan agama yang sempurna. InsyaAllah masalah2 sosial ini pasti dapat diatasi kelak. So, kalau nak memberi didikan agama itu, sudah pasti kita haruslah berubah. Start from this point, learn to be a better person. Orang kata, 'bapak borek, anak rintik' yang bermaksud anak mencontohi perilaku ayahnya. It is true that kids learn from their surrounding. Kalau ibu bapa menunjukkan contoh yang baik, sudah pasti anak akan jadi baik, InsyaAllah. 


Mungkin dahulu kita tergolong dalam golongan yang suka bersuka ria, suka tonton movie, chatting, keluar melepak sana-sini, tetapi tidaklah mustahil untuk kita berubah. Maksud saya, tidak perlulah melakukan perubahan yang betul2 drastik. Perlahan-lahan tetapi keep improving ourselves. Mungkin boleh start dengan rutin kita. Contohnya tidak keluar malam lagi, kurang tengok movie yang kurang bermanfaat, banyak baca buku2 ilmiah, banyak tolong orang sana sini. Ramai orang di luar sana memerlukan pertolongan kita. Tidak lupa juga yang agak penting, dekatkan diri kepada Allah dengan amar ma'ruf nahi mungkar. Tambahkan pahala dan kurangkan dosa. 


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


"Serve and help others, and gain the reward, before the time comes when only others will be able to serve and help you." -Saad Tasleem


Opps, rasanya terpanjang pulak post kali. Moga post kali ini dapat memberi sumber inspirasi untuk orang lain berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah dengan tulus ikhlas keranaNya, perubahan kita itu membawa kebaikan kepada diri kita serta orang sekeliling kita. Moga bermanfaat~