Friday, June 17, 2011

pemberian

salam.

Hari ni ku rasa sangat seronok. Walapun penat berjalan ke sana ke mari, tapi rasa puas menyelongkah seluruh pelusuk Woodbury Outlet. Macam2 kedai kami masuk. Pilih itu pilih ini, sampai pening kepala la memikirkan apa yang nak dibeli untuk orang yang tersayang. Akhir sekali, barang yang ku beli semuanya untuk kaum keluargaku di Malaysia. Walaupun x beli untuk diri sendiri, tapi ku rasa sangat puas.

Mari ku cerita kenapa ku rasa puas membeli barang untuk mereka. Begini, setiap pemberian yang ku beli untuk mereka adalah tanda kasih sayang ku terhadap mereka. Mereka telah banyak menolong ku dari kecil sampailah sekarang. Ku akan lebih seronok pabila melihat ekspresi muka mereka tatkala sampai di Malaysia nanti. Pemberian itu juga adalah tanda penghargaanku terhadap mereka.

Bagiku, tak salah nak memberi apa2 kepada siapa2. Macam di sini, tak salah kalau share2 makanan dengan kawan ke. Pemberian itu dapat membuat seseorang tersenyum. Itu yang seronok tu. Islam pun menggalakkan kita memberi hadiah dan sedekah kepada orang.

Bukan bermakna lagi banyak kita memberi lagi banyak harta kita yang kurang. Salah konsep tu. Cuba tengok kisah Abdul Rahman b. Auf, sahabat Rasulullah. Beliau seorang yang sangat2 kaya dan dermawan. Walaupun beliau telah memberi seluruh hartanya kepada jalan Allah, hartanya tidak pernah kurang. Itu namanya rezeki.

So, jangan kedekut. Rajin2lah memberi, sesungguhnya perbuatan itu amatlah mulia di sisi Allah.

Tuesday, June 14, 2011

dua puluh

Salam.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih memanjangkan usiaku ini. Orang kata lagi bertambah usia kita, lagi dekat kita dengan ajal. Betul sangat tu.

Ku sudah 20 tahun. Sudah besar orang kata. Kawan2 selalu kata sudah boleh kahwin. ;) hehe. Ketentuan untuk kahwin itu bukan pada umur tapi pada kematangan dan persediaan serta izin-Nya.

Ape eh perasaan dah 20 tahun ini? Macam biase je rasenye :) tidak! ku ade rase berbeza tatkala umur ini tiada lagi angka 1 di hadapan. Ku bukan lagi budak remaja biasa sudah. Ku perlu berubah untuk lebih matang dalam segala urusan.

Dikesempatan ini, ku inginlah mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya buat ayah, ibu, naqeeb, nadia, najwa, wan, acu, ira, syafiq, mama, along, auntie, makcu dll. Tak dilupa juga pada rakan2 yang wish through fb, ym, skype, sms, call, face2face, yang buat surprise, yang beli kek, yang dedicate video, yang tuang bedak, yang mendoakan & yang bagi hadiah. Terima kasih sangat2.

InsyaAllah, I'll be a better person from this moment onward. May Allah bless u all too..

Monday, June 6, 2011

Jumaat 3 Jun 2011

salam.

Jumaat lepas saya rase agak tidak keruan. Macam2 yang saya fikirkan. Homework, Home and other things. So, saya membawa diri ke rooftop Madison. Saya mengambil ketenangan di sana. Alangkah indahnya tatkala melihat langit Allah yang terbentang luas itu. Melihat langit yang begitu indah, saya rasa sangat tenang. subhanAllah. Ok lepas ini, saya mahu ke atas lagi. :)

Monday, May 23, 2011

saya perlu kamu

owh kawan
saya perlu kamu.
saya perlu kamu untuk bantu diri ini
saya perlu kamu untuk membetulkan yang mana saya salah
kadang-kala, saya tidak sedar kesilapan saya.
mungkin apa yang saya buat, saya rasa semua betul.
tapi hakikatnya, ia salah.

owh kawan.
bantulah saya
perbetulkanlah saya tatkala saya membuat kesilapan.
tariklah saya tatkala saya hampir jauh daripadaNya.

saya pohon darimu.
tegur kesilapan saya agar saya tidak terusan membuat kesilapan yang sama.
kawan, tolong ya.

Monday, May 16, 2011

Spring 2011

May 16, 2011.

Alhamdulillah.
Finally, I am done with this semester.
Lots of things that I learnt throughout the semesters.

Microeconomics
I learnt it for the first time.
It was great to get a prof that really2 love teaching ;p

Badminton
The best class ever.
only the time where I can release my pressure.

Software Dev. Process
I learnt to work as a group.
my group did the most boring presentation ;)

Chemistry 2
MCQ for quizzes and exams.
theory killed me.

Algorithm
pseudocode, sorting, big O
the most positive lecturer

Religions in America
the most interesting course
lectures + videos
managed to present about the one that people don't expect.

Overall
I can't wait for the summer to begin :)