- Kena study from the beginning
- Focus
- Buat banyak2 latihan
- Kalau tidak perlu guna laptop, jauhkan diri daripada laptop
- Prioritize benda yang sepatutnya dahulu
- Refresh niat kerana Allah sentiasa
- Yang paling penting, "JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH"
Thursday, August 2, 2012
Lessons 4 Today
Wednesday, July 25, 2012
Sedekah itu Mudah :)
Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Setiap anggota badan manusia diwajibkan mengeluarkan sedekah setiap hari di mana matahari terbit." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana kita dapat bersedekah?" Rasulullah menjawab, "Sesungguhnya pintu untuk berbuat baik itu sangat banyak. Bertasbih, bertakbir, dan bertahlil adalah sedekah; membuangkan duri dari jalan adalah sedekah; menolong orang yang tuli atau buta adalah sedekah; dan menunjukkan orang yang kebingungan, menolong dengan segera orang yang sangat memerlukan adalah sedekahmu terhadap dirimu."
(sumber : Bagaimana Menyentuh Hati oleh Syaikh Abbas Hasan As-Siisi)
Senangkan nak bersedekah.
Tanpa keluarkan sesen pun, kita boleh dapat pahala sedekah.
Jom bersedekah!
especially dalam bulan yang setiap good deeds kita digandakan..
Monday, July 23, 2012
Perginya Kekasih Allah, Rasulullah saw
Abu Bakar dan Umar keluar menemui orang ramai, di mana Abu berkata : "Wahai Umar sila duduk." Namun Umar enggan untuk duduk. Orang ramai pun melingkungi Abu Bakr dan membiarkan Umar di situ. Abu Bakr berucap kepada sidang hadirin dengan katanya :
Dapatkan Ar-raheeq Maktum di sini : http://www.4shared.com/office/BXSqEhQF/Ar-Raheeq_Al-Makhtum.html?
"Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati."
Kemudian beliau membaca ayat Allah :
Kemudian beliau membaca ayat Allah :
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yan berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali-Imran : 144)
Kata Ibn al-Musaiyab: Umar telah menyebut: "Demi Allah, sebaik sahaja aku terdengar apa yang diunggapkan oleh Abu Bakr itu aku terasa kakiku sudah tidak terdaya lagi untuk berdiri, memanglah aku terus terhumban ke tanah sebaik sahaja mendengar apa yang dibaca oleh Abu Bakr itu, kerana aku sudah dipastikan dengan kewafatan Rasulullah."
(Ar-Raheeq Maktum)
Sungguh tatkala membaca bab-bab terakhir dalam Ar-Raheeq Maktum ini, terasa sangat-sangat sayup. Walaupun tidak berada di zaman tersebut, tetapi daripada apa yang digambarkan dalam buku ini, banyak sungguh yang boleh diambil pengajaran daripada kisah Rasulullah saw ini.
Sedikit sebanyak pengajaran yang dapat dipelajari :
- Rasulullah saw mementingkan solat jemaah. Walaupun di saat baginda sakit, baginda masih menunaikan solat secara berjemaah.
- Betapa sweetnya Rasulullah saw. Baginda meninggal di atas pangkuan Aisyah ra, di antara dada dan leher beliau.
- Baginda sangat mementingkan umatnya. Baginda memberi ucapan berbentuk pesanan kepada orang ramai di hari-hari terakhir Baginda.
Selebihnya bolehlah baca buku ini sendiri. InsyaAllah setiap orang akan dapat pengajaran-pengajaran yang berbeza-beza daripada buku ini. Saya sarankan 100% untuk kalian membaca buku ini. Sebagai seorang bapa, pemimpin, sahabat, suami dll, Rasulullah saw adalah contoh terbaik sekali untuk kita ikuti.
Dapatkan Ar-raheeq Maktum di sini : http://www.4shared.com/office/BXSqEhQF/Ar-Raheeq_Al-Makhtum.html?
Selamat membaca :)
Wednesday, July 18, 2012
Ramadhan kembali lagi
Assalamualaikum wbt.
Ya Allah, tidak ku sangkakan RamadhanMu kian tiba. Tak sabar rasanya ingin berpuasa di negeri orang. Aku sedar tahun ini, Ramadhan aku pasti akan lebih mencabar. Dengan cuaca yang begitu panas sekali, dengan kelas di tengah hari. Tetapi itu semua sudah ditetapkan oleh Allah. Yang penting sekali, bagaimana ku menghadapi Ramadhan ini.
Aku berfikir-fikir adakah aku larat untuk mengharungi Ramadhan ini dengan cuaca begini? Tapi bila fikir lagi, bukankah Rasulullah saw dan para sahabat pergi berperang dalam bulan Ramadhan? Boleh je mereka survive. Apatah lagi aku ini. Mungkin ada di lubuk hati ini menyatakan "mereka lain, aku lain". Tapi bukankah mereka manusia juga? seperti aku. Bukankah Allah telah nyatakan dalam Al-Quran, Dia tidak akan membebani kita lebih daripada kemampuan kita ( 2: 286)? Sudah pasti aku mampu melakukannya, insyaAllah :)
Aku berharap Ramadhan ini menjadi kem mentarbiyyah diri. Dalam bulan inilah, aku ingin mengajak kalian untuk menggunakan masa kita semua sepenuhnya. Tambahkan amal-amal kita dan kurangkan perkara-perkara yang kurang manfaat. Jom kita setkan target amalan kita untuk bulan yang penuh berkat ini. Buat checklist! Agar di akhir Ramadhan nanti, kita dapat mencapainya dengan jayanya, insyaAllah. :)
Aku pasti ramai dalam kalangan kita-kita ini, ada yang pasang niat untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Aku pun begitu. Nak lebih baik dalam pelajaran, perwatakan diri dan juga HUBUNGAN dengan Allah. Dan aku pasti Ramadhan inilah masanya yang sesuai untuk kita mengorak langkah membuat perubahan itu. Every big step starts with a small step. Dan sentiasa betulkan niat dan berdoa kepadaNya agar memberikan yang terbaik untuk diri kita.
Akhir sekali, selamat menyambut Ramadhan Al-Kareem.
Wallahu'alam.

Friday, July 13, 2012
Summer Training Camp 2012
Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana diberi peluang untuk ke STC kali ini.
Lepas baca blog kawan tentang STC, ingat nak share gak la apa yang kita dapat kat STC. Kot-kot dengan sharing kita ni, ada yang berkeinginan nak pergi pula tahu depan ke, who knows? :)
Walaupun perjalanan kami mengambil masa lebih banyak berbanding masa yang berada di STC tu, tapi ibrahnya/ pengajarannya jauh lebih banyak. Alhamdulillah.
Kat STC, kami main banyak games/ outdoor activities seperti hiking, war game, dan juga galah panjang. Since kami balik awal, kami tidak berkesempatan untuk pergi paddling dll. Selain outdoor activities, kami ada juga dengar perkongsian daripada Akh Rasydan tentang Jejak Andalusia dan Constantinople. Best2 :) Owh tidak lupa gak tentang Joepardeen, iaitu game berasaskan pengetahuan kita. 2 group akhwat vs 2 group ikhwah. Seronok :)
Mari kita share serba sedikit pengajaran yang kita dapat dari STC kali ini :

- Hiking : Masuk hutan, air pun cukup2 aje, panas pulak tu. So banyak belajar erti sabar dan syukur. Sabar menahan kepanasan dan syukur sebab masih ada kudrat untuk berjalan. Jangan asyik nak mengomel aje!
- War game : Kena berani bertindak. Jangan pakat tunggu orang aja. Starts with the first step! Dalam pasukan pasti ada cabarannya sendiri. Kena pandai cater cabaran2 ni.
- Jejak Andalusia + Constatinople : Kita kena pergi tempat2 sebegitu dan kaji tentang sejarah Islam. Kena tahu yang Islam dahulu jauh lebih hebat daripada American sekarang ini. Berjalan dengan menggunakan hati untuk memahami, mata untuk melihat kebesaran Ilahi dan telinga untuk mendengar ayat2 Allah.
- Jeopardeen : Awesome! Kena jadi speaker tapi bukan contributor jawapan sangat pun. Terasa diri ini cam banyak lagi pengetahuan tentang Islam, Al-Quran, Sirah dll yang tak cover. Surah Kahfi berapa panjangnya pun masih ragu2. Kagum dengan akhwat2 lain yang dah tahu tentang ini semua.
Overall, berpuas hati dengan STC kali ini. Kalau ada rezeki, nak join tahun depanlah pulak, InsyaAllah :)
Friday, June 15, 2012
Dua Puluh Satu [21]
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi keran kurniaanNya yang tak terhingga. Kelmarin genaplah diri ini berumur 21 tahun.
Dua angka yang membawa 1001 makna. Semakin bertambah umur itu semakin dekat kita dengan ajal. Juga, semakin banyaklah tanggungjawab yang harus dipikul. Diri ini bukan lagi seorang anak kecil yang merengek inginkan sesuatu daripada ibunya, tetapi diri ini telah pun menjadi seorang dewasa yang berfikiran lebih matang.
Diri ini amat sedar, tatkala umur ini semaking meningkat, diri ini telah melalui pelbagai pengalaman yang manis mahupun pahit. Diri ini merasakan telah tiba untuk diri ini berfikiran lebih matang sebagai seorang anak, kakak, sahabat dan juga sebagai saudara seIslam. Banyak tanggungjawab perlu dipikul. Takut-takut di akhirat nanti disoal kerana tidak menjalankan tanggungjawab itu dengan sempurna. Ummah ada hak ke atas diri ini.
InsyaAllah, diri ini berazam akan cuba sedaya upaya menjalankan tanggungjawab tersebut dengan bersungguh-sungguh. Ummah perlukan diri ini. Ayuh, kita bekerja membantu ummah!
Di kesempatan ini, diri ini bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan insan-insan yang sungguh istimewa dalam hidup ini. Ayah dan Ibu, terima kasih atas dorongan dan didikan yang sungguh bermakna buat diri ini :) Adik-adikku serta saudara-mara ku, terima kasih atas semangat dan kasih sayang kalian :) Sahabat handai, terima kasih atas persahabatan yang sangat sweet :) Semua yang mengenali diri ini, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. :) Saya sayang semua :)
Tidak lupa juga, al-fatihah buat arwah ata yang telah meninggalkan kami pada 13 Jun 2008. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang soleh dan dijauhi daripada azab seksaan kubur. Amin.

Monday, June 11, 2012
tiga golongan
Assalamualaikum wbt
Allahamdulillah diberi kesempatan untuk menulis di blog ini lagi. InsyaAllah hari ini nak share tentang tiga golongan yang Allah telah ceritakan dalam Al-Quran, manual hidup kita.
First sekali boleh baca Surah Al-Baqarah, ayat 1 - 20. Hah, baca tafsirnya sekali taw.
Dah?
Kalau perhatikan betapa baiknya Allah sebab telah menjelaskan dengan terperinci tentang tiga golongan ini iaitu, golongan yang bertaqwa, yang kafir dan munafiq.
Ayat 2 - 5 : yang bertaqwa
Ayat 6 - 7 : yang kafir
Ayat 8 - 20 : yang munafiq
So jom kita kupas sedikit tentang ketiga-tiga golongan ini.
Yang pertama, golongan yang bertaqwa. Ternyata golongan inilah yang beriman dengan perkara ghaib termasuk Allah, menjaga solatnya, menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan kepadanya, beriman dengan Al-Quran serta kitab-kitab terdahulu dan juga beriman kepada akhirat. Semestinya kita ingin menjadi golongan ini. Mereka ini jugalah yang membaca surah Al-Fatihah. why? Cuba lihat ayat 6 dan ayat 7. Mereka ini yang inginkan jalan yang lurus serta jalan yang diberi nikmat oleh Allah bukannya jalan yang dimurkai mahupun sesat.
Yang kedua pula adalah golongan yang kafir. Kufur iaitu ingkar dengan perintah yang Allah turunkan. Mereka ini telah Allah kuncikan hati dan pendengaran mereka, tutupkan penglihatan mereka, dan dikenakan azab yang berat.
Yang last ni pula adalah golongan yang munafik. They believe in Allah in open but deny Him in secret. Mereka ini mempunyai penyakit hati (seperti ragu-ragu dengan kebenaran), dan juga yang membuat kerosakan tetapi tidak menyedarinya.
Daripada ketiga-tiga golongan ini, sudah pasti kita ingin menjadi golongan yang pertama itu. Golongan yang Allah berikan nikmat menjadi orang yang berjaya/ beruntung (Muflihun). Sebagai seorang Muslim, kita mungkin terasa kita berada dalam comfort zone tetapi mungkin perbuatan, perilaku kita dalam sehari boleh menyebabkan kita termasuk dalam golongan yang lagi dua itu. Na'uzubillah. But Allah sungguh baik. Dalam hadith 18,
"Rasulullah saw telah bersabda : Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada. Ikutila segera kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskannya, dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik." (Riwayat Ahmad)
Di mana pun kita berada tidak kira if di rumah sendiri, rumah orang, sendirian, dalam komuniti, kita seharusnya bertaqwa kepada Allah. But let say kalau terasa ada buat something unpleasant, cepat-cepat hapuskannya dengan amalan-amalan baik seperti sedekah, solat, zikir especially istighfar. InsyaAllah dengan melakukan begini, timbangan pahala kita bertambah berat daripada timbangan dosa kita.
Konklusinya, kita ada pilihan untuk kita pilih untuk menjadi golongan yang mana satu. So gunakanlah nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah impian untuk mendapat syurga Allah dapat dicapai.

Subscribe to:
Posts (Atom)