Monday, January 4, 2010

~final semester in INTI~

salam..
finally, this is my last semester in Malaysia.
alhamdulillah..
few more months i will fly to US..
can't believe it..




anyway, this sem I just enroll for 3 subjects only..
CHM 151 (1B)
STA 219 (1A)
MPW 2133 (1P)
hopefully, i will score with flying colors...
may Allah be beside me always..
ameen.

Saturday, January 2, 2010

Matlamat Sebenar Hidup Ini~

salam.
alhamdulillah diriku masih berpijak di bumi Allah.

beberapa hari lepas, ku telah mengikuti program genQ di Darul Fridaus. Alangkah indahnya saat-saat ku di sana. Banyak yang ku pelajari di sana terutamanya tentang Hadis Ghulam. Ku amat tertarik dengan topik ini.

Hadis Gulam ini berkisahkan seorang pemuda yang mempelajari ilmu sihir serta ilmu agama pada zaman dahulu. Apa yang tertarik dengan hadis ini ialah, ia sangat signifikan dengan diri kita sebagai seorang remaja.

Pada peringkat ini, kita tahu diri kita sibuk mengejar kecemerlangan duniawi, tetapi adakah ini matlamat hidup kita yang utama? Adakah ini tujuannya Allah mecipta kita? Refleks balik ayat ini.

'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi ini"..' (2: 30)

Bukankah begitu? Allah menciptakan kita supaya menjadi khalifah di bumi ini serta beribadah kepada-Nya. Khalifah bukan sahaja bermaksud pemimpin, tetapi ia juga membawa maksud menyampaikan ajaran Allah. Oleh itu, kita tidak seharusnya mengejar dunia sahaja, tetapi juga mengejar kecemerlangan akhirat nanti.

Berbalik kepada Hadis Ghulam tadi, kita dapat lihat pemuda itu mempelajari kedua-dua ilmu, yakni ilmu sihir (duniawi) dan ilmu agama (akhirat). Kita seharusnya menjadi seperti ghulam itu. Tanpa mengabaikan ilmu duniawi, kita perlu belajar ilmu agama juga. Bukankah hidup ini lebih bermakna jikalau kita berjaya dalam kedua-duanya sekali.

Cuba kita ingat balik pelajar-pelajar terbaik SPM tahun-tahun lepas. Azali Azlan 20 1A (SMKA Yan) , Nik Normadiha 19 1A (Maahad Muhammadi Perempuan). Bukankah mereka adalah dikalangan pelajar-pelajar sekolah agama? Kekadang ku terfikir, apakah kelebihan yang mereka ada sampai mereka cemerlang sebegitu rupa? Semestinya mereka berusaha sambil tidak melupakan Yang Maha Mencipta. Mereka tidak pernah mengabaikan Allah, sebaliknya sering memohon serta bermunajat kepada-Nya agar mempermudahkan pembelajaran mereka.

Seorang akhawat telah memberitahu ku bahawa ilmu-ilmu duniawi ini boleh kita jadikannya sebagai alat untuk kita menyampaikan ajaran Allah. Contohnya, dalam Hadis Ghulam, pemuda itu telah belajar mengubati orang buta, sopak dan segala jenis penyakit dan apabila orang bertanya siapakah yang mengubati penyakit itu, beliau menjawab, "Yang bisa menyembuhkan penyakit adalah Allah Azza wa Jalla. Jika anda beriman dengan-Nya dan berdoa kepada-Nya, nescaya Dia akan menyembuhkanmu." Lalu ramailah yang telah beriman kepada Allah dan sembuh.

Sudah panjang meleret post kali ini.
Apa yang cuba saya sampai sebenarnya ialah kita sepatutnya mengejar kebahagian di akhirat mahupun di dunia. Ingatlah matlamat utama kita adalah menjadi khalifah di bumi ini serta beribadah kepada-Nya. Apa kata, tahun ini kita tanamkan niat kerana Allah dalam setiap perkara yang kita kerjakan serta tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama kita yang satu ini.

Akhir kata, mohon maaf jika terkasar bahasa, terguris hati. Jika ada kesilapan, mohon diperbetulkan. Diriku ini hanyalah insan biasa yang sedang belajar.

"Indahnya hidup ini jikalau kita mendapat rahmat serta keredhaan daripada-Nya"

Sunday, December 27, 2009

cuaca~

anak : mak, nak sidai baju kat luar ke??

mak : sidai la. kenape?

anak : cuaca macam x elok je. kalu sidai nanti, takut hujan plak.huh
(mengeluh)

mak : xpe la. sidai je. kalau dah mendung nanti kte angkat la.

anak : ok.

selepas beberape jam kemudian hujan pon turun. Akan tetapi, si anak x sempat mengangkat baju di luar.

anak : ala mak..hujan dah turun la..baju habes sume basah balek..haish..npe la cuaca camni..kejap hujan kejap panas..
(mengeluh lagi)

mak : ish..x baek la cakap camtu. cuaca ni kan anugerah Allah. tentu Dia ada sebab turunkan hujan & panas. Inikan satu ujian utk kite, supaye kite bersabar. Dah..jangan ckp macam tu lagi.

anak : ok2.
(dengan penuh kekesalan die memohon ampun kepada-Nya)

-tamat-

Wednesday, December 23, 2009

Purdue (2)

salam..
alhamdulillah..
baru smalam ku post pasal purdue kan..
hari ini, sebelum solat maghrib tadi, ku check email kejap..
and guess what?!?!
ku dpt email from purdue..
alhamdulillah..purdue telah terime application ku..
ku bersyukur sgt2..
x sangke..
alhamdulillah..
thnx 4 da prayers :D
smoge kwn2 ku yang laen begitu juge..

Tuesday, December 22, 2009

purdue~

salam..
hari ni ku dpt taw kwn baek ku dpt purdue..congrates tini.. :D
tp ak segembira die.. ak x dpt lagi nih..cuak nih..risau.takut.
ak harap sgt2 dpt purdue. purdue my 1st choice..
purdue rmai budak melayu.
kat purdue gak ade usrah.
tu yg penting sebenarnye..
bukan ku kata ku x ske uni laen..
tp uni laen cm maseh xde usrah.
so, cam takut. takut diriku ini terkeluar dr jalan yg lurus ini.
Ya Allah, berikan petunjuk kepada diriku ini walau di mana jua ku berada.
Ameen~

Monday, December 14, 2009

cuti-cuti malaysia part 1

salam..
sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita hendaklah memajukan industri pelancongan negara kita. Oleh itu, saya sekeluarga akan melancong ke Kota Kinabalu untuk merasai kehidupan di negeri orang lain. :D Melancong sambil menyumbang ke arah kemajuan negara. :D Selepas saya pulang nanti, saya akan menceritakan keseronokan berada di sana. Selamat bercuti semua :D

Monday, December 7, 2009

life in boarding school~

salam.
ryte now, i'm stuck with my essay for Pitts. I know what I want to talk about, but I can't start writing it.huh. Nway, my friend had told me to write from ur bottom of ur heart. Maybe, i need to recall back my experience in SSP..hurmm, hope i can write it by tonight.chiok2!!


Give life..
L - love
I - inspiration
F - faith
E - encouragement
to everyone around you :D