Salam..
"Manusia itu ibarat logam, baik ketika di masa Jahiliah, baik juga ketika di masa Islamnya, sekiranya dia faham" -sahih bukhari-
hmm..apa itu logam???apa ciri-ciri logam??? Logam boleh dilentur, dibentuk dan sangat berguna. Manusia iaitu kita diibaratkan seperti logam. Kenapa? Hal ini disebabkan manusia juga mudah dibentuk @ mudah dipengaruhi serta sangat berguna. Ketahuilah bahawa kita mudah dipengaruh oleh anasir-anasir jahat (syaitan). Syaitan itu berada di mana-mana termasuklah di dalam salur darah kita. Sekali sahaja syaitan pengaruh kita, mudahlah kita untuk melakukan dosa. Oleh itu, kita perlu selalu dekatkan diri dengan Allah agar dijauhi daripada syaitan.
Selain itu, kita adalah sangat berguna jika kita memahami kebolehan kita. Setiap manusia diciptakan dengan kebolehan masing-masing. Sepatutnya kita hendaklah menggunakan kebolehan kita untuk memajukan Islam, agama tercinta.Contohnya, dengan suara kita boleh bercerita tentang Islam kepada orang lain. Dan ingatlah bahawa manusia itu sebaik-baik makhluk.
Kesimpulannya, marilah kita mendekatkan diri kepada Allah agar kita dapat menjauhkan diri daripada godaaan syaitan. Marilah kita terokai kebolehan diri kita serta menggunakannya untuk kemajuan ummah.Wassalam.

"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya" (95 : 4)