Al-quran itu bukan hanya untuk dibaca.
Al-quran itu bukan juga hanya untuk didengari.
Al-quran itu bukan hanya dipamirkan di dinding-dinding rumah.
Al-quran itu bukan juga dijadikan hantaran semata-mata.
Tapi sebenarnya,
Al-quran itu lebih daripada segala-galanya.
Ia mengandungi 1001 kisah-kisah tauladan yang perlu diambil iktibar.
Ia merupakan peneman sejati tatkala kesedihan.
Ia juga menjadi kotak jawapan bagi setiap persoalan kita.
Yang pasti,
Ia mengandungi kata-kata daripada Sang Pencipta kita.
Kata-kata yang merupakan peringatan mahupun nasihat untuk kita.
Kata-kata yang menjadi tanda kasih sayang Dia pada kita.
Kata-kata yang membawa kita ke syurga atau neraka.
ps: Jom baca serta fahami Al-quran. Dan selepas faham, kita amalkan tuntutannya..