Wednesday, July 25, 2012

Sedekah itu Mudah :)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Setiap anggota badan manusia diwajibkan mengeluarkan sedekah setiap hari di mana matahari terbit." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana kita dapat bersedekah?" Rasulullah menjawab, "Sesungguhnya pintu untuk berbuat baik itu sangat banyak. Bertasbih, bertakbir, dan bertahlil adalah sedekah; membuangkan duri dari jalan adalah sedekah; menolong orang yang tuli atau buta adalah sedekah; dan menunjukkan orang yang kebingungan, menolong dengan segera orang yang sangat memerlukan adalah sedekahmu terhadap dirimu."

(sumber : Bagaimana Menyentuh Hati oleh Syaikh Abbas Hasan As-Siisi)

Senangkan nak bersedekah.
Tanpa keluarkan sesen pun, kita boleh dapat pahala sedekah.
Jom bersedekah!
 especially dalam bulan yang setiap good deeds kita digandakan..

Monday, July 23, 2012

Perginya Kekasih Allah, Rasulullah saw

Abu Bakar dan Umar keluar menemui orang ramai, di mana Abu berkata : "Wahai Umar sila duduk." Namun Umar enggan untuk duduk. Orang ramai pun melingkungi Abu Bakr dan membiarkan Umar di situ. Abu Bakr berucap kepada sidang hadirin dengan katanya :

"Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati."

Kemudian beliau membaca ayat Allah :
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yan berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali-Imran : 144)

Kata Ibn al-Musaiyab: Umar telah menyebut: "Demi Allah, sebaik sahaja aku terdengar apa yang diunggapkan oleh Abu Bakr itu aku terasa kakiku sudah tidak terdaya lagi untuk berdiri, memanglah aku terus terhumban ke tanah sebaik sahaja mendengar apa yang dibaca oleh Abu Bakr itu, kerana aku sudah dipastikan dengan kewafatan Rasulullah."

(Ar-Raheeq Maktum)

Sungguh tatkala membaca bab-bab terakhir dalam Ar-Raheeq Maktum ini, terasa sangat-sangat sayup. Walaupun tidak berada di zaman tersebut, tetapi daripada apa yang digambarkan dalam buku ini, banyak sungguh yang boleh diambil pengajaran daripada kisah Rasulullah saw ini. 

Sedikit sebanyak pengajaran yang dapat dipelajari : 
  1. Rasulullah saw mementingkan solat jemaah. Walaupun di saat baginda sakit, baginda masih menunaikan solat secara berjemaah. 
  2. Betapa sweetnya Rasulullah saw. Baginda meninggal di atas pangkuan Aisyah ra, di antara dada dan leher beliau. 
  3. Baginda sangat mementingkan umatnya. Baginda memberi ucapan berbentuk pesanan kepada orang ramai di hari-hari terakhir Baginda.
Selebihnya bolehlah baca buku ini sendiri. InsyaAllah setiap orang akan dapat pengajaran-pengajaran yang berbeza-beza daripada buku ini. Saya sarankan 100% untuk kalian membaca buku ini. Sebagai seorang bapa, pemimpin, sahabat, suami dll, Rasulullah saw adalah contoh terbaik sekali untuk kita ikuti. 


Dapatkan Ar-raheeq Maktum di sini : http://www.4shared.com/office/BXSqEhQF/Ar-Raheeq_Al-Makhtum.html?

Selamat membaca :)

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan kembali lagi

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah, tidak ku sangkakan RamadhanMu kian tiba. Tak sabar rasanya ingin berpuasa di negeri orang. Aku sedar tahun ini, Ramadhan aku pasti akan lebih mencabar. Dengan cuaca yang begitu panas sekali, dengan kelas di tengah hari. Tetapi itu semua sudah ditetapkan oleh Allah. Yang penting sekali, bagaimana ku menghadapi Ramadhan ini.

Aku berfikir-fikir adakah aku larat untuk mengharungi Ramadhan ini dengan cuaca begini? Tapi bila fikir lagi, bukankah Rasulullah saw dan para sahabat pergi berperang dalam bulan Ramadhan? Boleh je mereka survive. Apatah lagi aku ini. Mungkin ada di lubuk hati ini menyatakan "mereka lain, aku lain". Tapi bukankah mereka manusia juga? seperti aku. Bukankah Allah telah nyatakan dalam Al-Quran, Dia tidak akan membebani kita lebih daripada kemampuan kita ( 2: 286)? Sudah pasti aku mampu melakukannya, insyaAllah :)

Aku berharap Ramadhan ini menjadi kem mentarbiyyah diri. Dalam bulan inilah, aku ingin mengajak kalian untuk menggunakan masa kita semua sepenuhnya. Tambahkan amal-amal kita dan kurangkan perkara-perkara yang kurang manfaat. Jom kita setkan target amalan kita untuk bulan yang penuh berkat ini. Buat checklist! Agar di akhir Ramadhan nanti, kita dapat mencapainya dengan jayanya, insyaAllah. :)

Aku pasti ramai dalam kalangan kita-kita ini, ada yang pasang niat untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Aku pun begitu. Nak lebih baik dalam pelajaran, perwatakan diri dan juga HUBUNGAN dengan Allah. Dan aku pasti Ramadhan inilah masanya yang sesuai untuk kita mengorak langkah membuat perubahan itu. Every big step starts with a small step. Dan sentiasa betulkan niat dan berdoa kepadaNya agar memberikan yang terbaik untuk diri kita.

Akhir sekali, selamat menyambut Ramadhan Al-Kareem. 

Wallahu'alam.

Friday, July 13, 2012

Summer Training Camp 2012

Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana diberi peluang untuk ke STC kali ini.
Lepas baca blog kawan tentang STC, ingat nak share gak la apa yang kita dapat kat STC. Kot-kot dengan sharing kita ni, ada yang berkeinginan nak pergi pula tahu depan ke, who knows? :)

Walaupun perjalanan kami mengambil masa lebih banyak berbanding masa yang berada di STC tu, tapi ibrahnya/ pengajarannya jauh lebih banyak. Alhamdulillah.

Kat STC, kami main banyak games/ outdoor activities seperti hiking, war game, dan juga galah panjang. Since kami balik awal, kami tidak berkesempatan untuk pergi paddling dll. Selain outdoor activities, kami ada juga dengar perkongsian daripada Akh Rasydan tentang Jejak Andalusia dan Constantinople. Best2 :) Owh tidak lupa gak tentang Joepardeen, iaitu game berasaskan pengetahuan kita. 2 group akhwat vs 2 group ikhwah. Seronok :)

Mari kita share serba sedikit pengajaran yang kita dapat dari STC kali ini :

  • Hiking : Masuk hutan, air pun cukup2 aje, panas pulak tu. So banyak belajar erti sabar dan syukur. Sabar menahan kepanasan dan syukur sebab masih ada kudrat untuk berjalan. Jangan asyik nak mengomel aje! 
  • War game : Kena berani bertindak. Jangan pakat tunggu orang aja. Starts with the first step! Dalam pasukan pasti ada cabarannya sendiri. Kena pandai cater cabaran2 ni.
  • Jejak Andalusia + Constatinople : Kita kena pergi tempat2 sebegitu dan kaji tentang sejarah Islam. Kena tahu yang Islam dahulu jauh lebih hebat daripada American sekarang ini. Berjalan dengan menggunakan hati untuk memahami, mata untuk melihat kebesaran Ilahi dan telinga untuk mendengar ayat2 Allah. 
  • Jeopardeen : Awesome! Kena jadi speaker tapi bukan contributor jawapan sangat pun. Terasa diri ini cam banyak lagi pengetahuan tentang Islam, Al-Quran, Sirah dll yang tak cover. Surah Kahfi berapa panjangnya pun masih ragu2. Kagum dengan akhwat2 lain yang dah tahu tentang ini semua. 

Overall, berpuas hati dengan STC kali ini. Kalau ada rezeki, nak join tahun depanlah pulak, InsyaAllah :)