Wednesday, March 21, 2012

Penolong agama Allah

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, berakhir sudah spring break ku kali ini. Spring break kali amat bermakna buatku. Aku diuji tetapi alhamdulillah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. Terima kasih Allah.

Tatkala ku di Ohio, kami telah diberi task untuk menghafal sepotong ayat Allah yang berbunyi seperti di bawah :
Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. [47:7]


Pada mulanya, ku kurang faham dengan ayat tersebut. Tetapi sepanjang daurah, ku lihat betapa pentingnya kita menjadi penolong agama Allah itu. Kalau bukan kita, siapa yang akan memegang tanggungjawab ini? Bukankah kita mahu menegakkan syiar Islam itu? Bukankah kita mahu menjadi sebahagian daripada yang merialisasikan ketetapan Allah iaitu Islam sebagai World Order?

Sedarkah kita tentang apa yang berlaku di Syria? Palestin? Mereka bertungkus-lumus untuk mempertahankan tanah Islam.

Sedarkah juga kita tentang apa yang berlaku di negara-negara Islam yang lain seperti negara kita, Malaysia? Layakkah kita memanggil negara kita itu sebagai salah satu negara Islam? Lihat sahaja pada akhlak keperibadian remaja-remajanya? Na'uzubillah.

Risaukah kita? Ambil pedulikah kita tentang isu-isu ini?

Dengan persoalan-persoalan sebegitu, rasanya sudah tiba kita menjadi penolong agama Allah itu. Allah dah janjikan kepada kita bahawa jika kita menolong-Nya, Dia pasti menolong kita. So, apa perlu kita risau lagi?

Mungkin adanya bertanya, tetapi bagaimana? bagaimana diri ini boleh menolong agama-Nya?
Banyak caranya. Ikutilah sunnah Rasulullah saw. Cuba kita lihat bagaimana baginda mula-mula mengajak orang ramai beriman kepada Allah, bagaimana baginda mewujudkan individu-individu muslim yang hebat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Hamzah dll. Rasulullah saw telah memantapkan akidah dan keimanan mereka . Rasulullah saw juga menunjukkan qudwah hasanah kepada umatnya.

See..macam di atas la juga kita perlu buat. Mantapkan akidah dan keimanan kita serta mengajak orang lain untuk berbuat perkara yang sama. Jadikanlah diri ini sebagai qudwah hasanah agar dapat dicontohi oleh orang lain. Dengan kata lain, tingkatkan mutabaah amal kita, mengajak orang kepada amar, mencegah daripada mungkar, tinggalkan perkara sia-sia dll. Yang penting kajilah al-Quran dan As-sunah, agar ktia mengambil ibrah daripada peristiwa2 yang diceritakan dalam Al-Quran.

Yosh, jom. jadikan diri kita ini sebagai penolong (agama)Nya. Fastabiqul khairat! Intansurullah!

*mengingatkan diri ini juga tatkala terlupa*