Wednesday, February 29, 2012

Jauh di mata, dekat di hati :)

Aku merindui saat itu. Saat ketika kita mengharungi hidup sebagai pelajar di sebuah bandar pendidikan. Di situ, kita mula mengenali alam universiti. Di situ juga kita mula belajar mengenali-Nya dengan lebih mendalam. Tempat itu menjadi saksi kasih sayang kita hanya kerana Dia.

Dua tahun kita bersama, mengajar aku apa ertinya kehidupan. Dari bulatan yang kecil, membawa ku satu persaudaraan yang sungguh manis. Sama-sama kita nasihat-menasihati dalam pelajaran mahupun hal-hal lain.

Semakin hari kita semakin matang. Dan semakin ingin memperbaiki diri. Daripada solat sendirian kepada solat jemaah. Daripada belajar ilmu dunia semata-mata, kepada menghadirkan diri di surau untuk mendengar pesanan seorang insan yang mulia. Daripada puasa di bulan Ramadhan sahaja, kepada puasa sunat.

Aku ingat waktu itu. Kita tidak berkira untuk menghulurkan bantuan. Daripada sebuah kereta sebagai medium untuk bergerak ke sana ke mari, hinggalah tenaga untuk menyediakan jamuan makanan.

Alangkah manisnya saat itu. Alangkah rindunya aku akan kenangan itu. Dan alangkah rindunya aku kepada kamu semua. Walaupun jauh di mata, tetapi kamu semua dekat di hatiku ini. Terima kasih Allah kerana telah memberi peluang kepada ku mengenali mereka. Uhibbuki Fillah Abadan- Abada :)

Monday, February 27, 2012

Ketentuan Ilahi

Ya, Allah, terkejut ku terima berita tadi.
Sesungguhnya yang hidup pasti akan pergi.
Nyawa itu adalah milik-Nya.
Allah itu pemilik kita.

Buatmu, takziah ku ucapkan.
I wish I could be beside you right now.
Kamu sangat tabah menerimanya.
Moga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang soleh.
Al-fatihah

"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan." (Al-Waqiah: 60)

"Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanya pada Kamilah kamu dikembalikan." (Al-Ankabut : 57)

Thursday, February 9, 2012

Terus mencuba

wahai adikku
jangan pernah putus asa.
teruskanlah mencuba.
walaupun kamu perlu bertatih,
teruskan bertatih.
yang pasti,destinasi itu pasti kau jejaki.
biarpun lambat, asalkan selamat.
teruslah kamu maju mencapai ke destinasi kamu..

p/s: maaf atas kesilapan typo sebelum ini..