Tuesday, January 31, 2012

Cinta itu milik siapa?

Bercerita tentang cinta, tahukah kita apa itu cinta? cinta yang dipaparkan melalui media-media massa dan novel-novel cinta itu banyak menceritakan tentang cinta kita pada manusia. Tetapi tidakkah kita ketahui bahawa di atas cinta manusia itu, cinta yang teragung itu milik Allah, Tuhan yang menciptakan kita.

Mungkin ada orang bertanya, bagaimana nak mempamirkan cinta kita kepadaNya. Caranya sungguh simple. Dekatkanlah diri kita padaNya. Buatlah apa yang disuruh olehNya dan tinggalkanlah apa yang dilarang olehNya. Build our relationship with Him. Trust me, insyaAllah apabila kita mendekatkan diri dengan Allah, kita akan merasa cinta Allah itu. Kita dapat rasa manisnya agama itu. Dan insyaAllah segala urusan kita dipermudahkan.

Di sini bukannya nak deny tentang cinta manusia itu, tetapi ingin menegaskan bahawa Allah lah pemilik sebenar cinta itu. Tak salah untuk kita mencintai manusia tetapi seharusnya niat kita itu kerana Allah. Cinta ibu bapa kita kerana Allah. Cinta rakan-rakan kita kerana Allah. Dll. Cinta itu suci dan janganlah mengotorinya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Wassalam.



Aku cinta Allah

Wednesday, January 18, 2012

Bulatan itu



Bulatan itu.
Bulatan yang kecil tapi bermakna buat diriku.
Bulatan yang telah menyedarkan ku daripada kelekaan dunia
Bulatan yang telah menyedarkan ku tentang bestnya ukhuwah itu
Bulatan yang telah mengajak ku mendamping-Mu
Bulatan yang telah mengajar ku tentang matlamat hidup ku yang sebenar
Bulatan yang telah banyak mengubahku ke arah lebih baik
Bulatan itu lah...

Ku rindu sangat2 bulatan itu..
Terima kasih telah memperkenalkan bulatan itu kepada ku.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada ku untuk berada dalam bulatan itu.
Terima kasih. Syukur Alhamdulillah..

Monday, January 9, 2012

Sang Pencerah

Salam.

Just nak share tentang pengajaran yang ku dapat melalui filem 'Sang Pencerah'. Filem ini menceritakan tentang Ahmad Dahlan, peneraju Muhammadiyah di Indonesia dahulu kala. Banyak yang beliau tempuhi untuk membersihkan Islam di tempatnya yang hampir melencong ke arah bid'ah. Beliau juga membentuk Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berfikiran maju sesuai dengnan perkembangan zaman.

Sedikit sebanyak yang ku dapat daripada filem ini adalah:
  • Allah telah janji bahawa Allah pasti akan memudahkan urusan kita jika kita menolong agama Islam. Dalam konteks dakwah ini, mungkin merasakan ia berat tetapi dengan janji Allah ini kita mampu teruskannya. "Wahai orang2 beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad:7]
  • Ambillah dan gunalah ilmu dan teknologi yang dicipta oleh orang barat untuk kegunaan ummah. Contohnya, Ahmad Dahlan mengambil idea menggunakan meja dan kerusi untuk mengajar anak-anak muridnya. Bagi kita pula, gunalah kesenangan teknologi ini seperti blogs untuk berkongsi bersama rakan tentang ajaran Islam.
  • Memahami maksud ayat2 alQuran dengan sebenar-benarnya dan mempraktikkannya. Jangan hanya membaca dan menghafalnya semata-mata.
  • Islam itu simple. Tapi kita selalu menjadikan ia susah dengan mencampurkannya dengan adat2. Buatlah sekadar yang mampu. Contohnya kita hendak bernikah tetapi tidak mempunyai wang untuk membuat majlis. Pernikahan itu sah tanpa sebarang majlis. Majlis itu hanyalah adat yang merumitkan agama. kalau nak buat majlis, buatlah ikut kemampuan. 
  • Berbahaslah dengan orang lain secara berhimmah. Maksudnya mengguna bahasa yang mudah dan sedap didengar tanpa meninggikan sebarang suara pun. "Serulah semua manusia kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pelajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang paling baik." [An Nahl:125]
  • Kita adalah pemimpin diri kita sendiri dan juga orang lain. Jangan membuat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan orang lain. 
Banyak lagi yang boleh dipelajari daripada cerita ini. Kalau free2, tengoklah :)
Moga bermanfaat untuk semua.

Saturday, January 7, 2012

West Coast trip

Salam. 
Alhamdulillah, pada winter break kali ini saya berpeluang untuk berjumpa dengan rakan2 saya di Muktamar serta berjalan-jalan di sekitar west coast. Winter trip kali ini amat berbeza sekali berbanding tahun lepas. Saya dan rakan-rakan didedahkan dengan nature seperti sunset, gunung-ganang, laut, pinggiran pantai dll. Subhanallah, sungguh cantik pemandangan dan ciptaan Allah yang semula jadi ini. Kalau dilihat berulang kali, terasa kerdilnya diri ini. Siapalah kita berbanding ciptaan2 Allah yang sunggguh mengangumkan terutamanya sang matahari. 

Bercerita tentang nature, cuba kita lihat Surah As-Syam [91:1-6]
Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari (1) Demi bulan apabila mengiringinya (2) Demi siang apabila menampakkannya (3) Demi malam apabila menutupinya (gelap gelita) (4) Demi langit serta pembinaanya yang menakjupkan (5) Demi bumi serta penghamparannya (6)

 













Akhir kata, saya nak ajak rakan2 supaya melihat keindahan alam semula jadi yang terbentang luas ini. Sungguh dengan melihat penciptaanNya, kita pasti akan teringat pada Penciptanya. 

Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, agar kamu dapat pergi kian kemari di jalan-jalan yang luas. [71:19-20]