Friday, December 7, 2012

Kenapa Solat Menghadap Kaabah?

Bismillahirahmanirrahim..

Tertarik dengan soalan di atas. Soalan ini ditanyakan oleh seorang watak di dalam cerita Dari Sujud Ke Sujud kepada Oki Setiana Dewi. Beliau bertanya kenapa umat Islam solat menghadap Kaabah seperti menyembah Kaabah itu sendiri. Sudah nampak seperti sama sahaja menyembah berhala.

So penjelasan yang diberikan oleh Oki sangat memuaskan. Begini, Islam hadir untuk menghapuskan amalan menyembah berhala. Islam menyuruh kita menyembah Allah, Tuhan yang Satu, pemilik Kaabah itu sendiri. Kita disuruh berkiblatkan Kaabah itu kerana untuk penyatuan umat Islam dan mengelakkan sebarang kekacauan. Cuba kita bayangkan if kita tiada satu kiblat yang khusus, mungkin kita akan bertelagah untuk menentukan kiblat pabila hendak solat. Imam solat arah sini, makmum solat arah sana.
Sebab itulah Allah menyuruh kita menghadap ke Kaabah apabila kita solat.. Kaabah itu telah menjadi kiblat umat Islam seluruh zaman dari seluruh pelusuk dunia.

Subhanallah sungguh setiap yang ditetapkan oleh Allah ada hikmahnya. Lepas ini jika ada yang bertanya, bolehlah kita menjawab sebegitu rupa :)

No comments: