Monday, August 20, 2012

Salam Aidilfitri 1433



Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan Syawal pada tahun ini. Kali ini, Syawal ini mungkin akan menjadi Syawal yang terakhir buat ku di perantauan ini.

Kelainan bagi tahun ini, ku dapat solat hari raya di New York. Alhamdulillah. Seronok mendengar khutbah pada pagi semalam. One of the point yang menarik adalah, jadikan sambutan aidilfitri ini sebagai ibadah dengan tidak membazir. Lagi satu, teruskanlah kita beristiqamah dalam melakukan ibadah2 yang biasa kita buat dalam bulan Ramadhan itu. Jangan kita stop takat bulan Ramadhan sahaja. Sangat terkesan sekali point dari khutbah tu. 

Alhamdulillah, selepas solat, kami semua pun dijamu dengan makanan2 Malaysia seperti rendang, lemang, nasi kuning, kuih-kuih raya dan lain-lain lagi. Walaupun berada jauh di perantauan, kehadiran kawan-kawan serta aunty2 yang dikenali mengubat rindu ku pada famili ku :) 

Di kesempatan ini, ku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali daku. Ku ingin memohon maaf atas kesalahan daku sepanjang perkenalan kita semua. Ku berdoa agar Syawal ini menjadi titik tolak kita untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa mendekatkan diri padaNya, insyaAllah. 

Terima kasih ibu di atas kad yang sungguh menyentuh perasaan anakmu ini. 
Terima kasih adikku naqeeb di atas kesudian naqeeb membawa baju raya kaklong. 
Terima kasih saudara-mara di Malaysia yang berkongsi gambar2 raya dari Malaysia. 


No comments: