Monday, June 11, 2012

tiga golongan

Assalamualaikum wbt

Allahamdulillah diberi kesempatan untuk menulis di blog ini lagi. InsyaAllah hari ini nak share tentang tiga golongan yang Allah telah ceritakan dalam Al-Quran, manual hidup kita.

First sekali boleh baca Surah Al-Baqarah, ayat 1 - 20. Hah, baca tafsirnya sekali taw.
Dah?

Kalau perhatikan betapa baiknya Allah sebab telah menjelaskan dengan terperinci tentang tiga golongan ini iaitu, golongan yang bertaqwa, yang kafir dan munafiq.

Ayat 2 - 5 : yang bertaqwa
Ayat 6 - 7 : yang kafir
Ayat 8 - 20 : yang munafiq

So jom kita kupas sedikit tentang ketiga-tiga golongan ini.

Yang pertama, golongan yang bertaqwa. Ternyata golongan inilah yang beriman dengan perkara ghaib termasuk Allah, menjaga solatnya, menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan kepadanya, beriman dengan Al-Quran serta kitab-kitab terdahulu dan juga beriman kepada akhirat. Semestinya kita ingin menjadi golongan ini. Mereka ini jugalah yang membaca surah Al-Fatihah. why? Cuba lihat ayat 6 dan ayat 7. Mereka ini yang inginkan jalan yang lurus serta jalan yang diberi nikmat oleh Allah bukannya jalan yang dimurkai mahupun sesat.

Yang kedua pula adalah golongan yang kafir. Kufur iaitu ingkar dengan perintah yang Allah turunkan. Mereka ini telah Allah kuncikan hati dan pendengaran mereka, tutupkan penglihatan mereka, dan dikenakan azab yang berat.

Yang last ni pula adalah golongan yang munafik. They believe in Allah in open but deny Him in secret. Mereka ini mempunyai penyakit hati (seperti ragu-ragu dengan kebenaran), dan juga yang membuat kerosakan tetapi tidak menyedarinya.

Daripada ketiga-tiga golongan ini, sudah pasti kita ingin menjadi golongan yang pertama itu. Golongan yang Allah berikan nikmat menjadi orang yang berjaya/ beruntung (Muflihun). Sebagai seorang Muslim, kita mungkin terasa kita berada dalam comfort zone tetapi mungkin perbuatan, perilaku kita dalam sehari boleh menyebabkan kita termasuk dalam golongan yang lagi dua itu. Na'uzubillah. But Allah sungguh baik. Dalam hadith 18,
"Rasulullah saw telah bersabda : Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada. Ikutila segera kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskannya, dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik."          (Riwayat Ahmad)


Di mana pun kita berada tidak kira if di rumah sendiri, rumah orang, sendirian, dalam komuniti, kita seharusnya bertaqwa kepada Allah. But let say kalau terasa ada buat something unpleasant, cepat-cepat hapuskannya dengan amalan-amalan baik seperti sedekah, solat, zikir especially istighfar. InsyaAllah dengan melakukan begini, timbangan pahala kita bertambah berat daripada timbangan dosa kita.

Konklusinya, kita ada pilihan untuk kita pilih untuk menjadi golongan yang mana satu. So gunakanlah nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah impian untuk mendapat syurga Allah dapat dicapai.

No comments: