Friday, June 15, 2012

Dua Puluh Satu [21]

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi keran kurniaanNya yang tak terhingga. Kelmarin genaplah diri ini berumur 21 tahun.

Dua angka yang membawa 1001 makna. Semakin bertambah umur itu semakin dekat kita dengan ajal. Juga, semakin banyaklah tanggungjawab yang harus dipikul. Diri ini bukan lagi seorang anak kecil yang merengek inginkan sesuatu daripada ibunya, tetapi diri ini telah pun menjadi seorang dewasa yang berfikiran lebih matang.

Diri ini amat sedar, tatkala umur ini semaking meningkat, diri ini telah melalui pelbagai pengalaman yang manis mahupun pahit. Diri ini merasakan telah tiba untuk diri ini berfikiran lebih matang sebagai seorang anak, kakak, sahabat dan juga sebagai saudara seIslam. Banyak tanggungjawab perlu dipikul. Takut-takut di akhirat nanti disoal kerana tidak menjalankan tanggungjawab itu dengan sempurna. Ummah ada hak ke atas diri ini.

InsyaAllah, diri ini berazam akan cuba sedaya upaya menjalankan tanggungjawab tersebut dengan bersungguh-sungguh. Ummah perlukan diri ini. Ayuh, kita bekerja membantu ummah!

Di kesempatan ini, diri ini bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan insan-insan yang sungguh istimewa dalam hidup ini. Ayah dan Ibu, terima kasih atas dorongan dan didikan yang sungguh bermakna buat diri ini :) Adik-adikku serta saudara-mara ku, terima kasih atas semangat dan kasih sayang kalian :) Sahabat handai, terima kasih atas persahabatan yang sangat sweet :) Semua yang mengenali diri ini, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. :) Saya sayang semua :)

Tidak lupa juga, al-fatihah buat arwah ata yang telah meninggalkan kami pada 13 Jun 2008. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang soleh dan dijauhi daripada azab seksaan kubur. Amin.




No comments: