Sunday, April 15, 2012

Hati

Assalamualaikum wbt :)

Rakan-rakan, nak tahu sesuatu tak tentang hati kita ini?

Tahu tak hati kita ini dimana letakkan?
Hati kita di DADA. nak confirmation, boleh rujuk Al-Quran, surah Al-Hajj (22:47).
*baca terjemahan ayat tu, nanti ada menyatakan hati itu terletak di dada.

Tahu tak hati kita ini berkuasa?
Hati kita ini kan, sebenarnya sangat berkuasa. Fungsinya menentukan jasad kita adakah baik atau buruk.
Buktinya ada di dalam Hadis di bawah ini.
"Ketahuilah, pada setiap tubuh ada segumpal daging yang apabila baik maka baiklah seluruh jasadnya dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, ia adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim)

So, kot-kotlah hati kita ini sakit/ rosak, ada ubat dia tak? Selalunya kalau kita demam, doktor bagi ubat or kita makan Panadol. Hati kita ini pula macam mana nak dirawat eh?
Hmm, ada ubatnya. ada lima.
1) Baca Al-Quran dan maknanya
2) Dirikan solat malam
3) Berkumpullah dengan orang soleh
4) Perbanyakkan berpuasa
5) Zikir malam perpanjanglah






Yok rawat hati kita ini. Moga cahaya (Nur) itu senang nak masuk dalam hati kita ini :)

1 comment:

Hilmi Dreadlock said...

kebetulan2, baru je ptg tadi baca surah al-Hajj ayat 42 smpai 50