Saturday, January 7, 2012

West Coast trip

Salam. 
Alhamdulillah, pada winter break kali ini saya berpeluang untuk berjumpa dengan rakan2 saya di Muktamar serta berjalan-jalan di sekitar west coast. Winter trip kali ini amat berbeza sekali berbanding tahun lepas. Saya dan rakan-rakan didedahkan dengan nature seperti sunset, gunung-ganang, laut, pinggiran pantai dll. Subhanallah, sungguh cantik pemandangan dan ciptaan Allah yang semula jadi ini. Kalau dilihat berulang kali, terasa kerdilnya diri ini. Siapalah kita berbanding ciptaan2 Allah yang sunggguh mengangumkan terutamanya sang matahari. 

Bercerita tentang nature, cuba kita lihat Surah As-Syam [91:1-6]
Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari (1) Demi bulan apabila mengiringinya (2) Demi siang apabila menampakkannya (3) Demi malam apabila menutupinya (gelap gelita) (4) Demi langit serta pembinaanya yang menakjupkan (5) Demi bumi serta penghamparannya (6)

 













Akhir kata, saya nak ajak rakan2 supaya melihat keindahan alam semula jadi yang terbentang luas ini. Sungguh dengan melihat penciptaanNya, kita pasti akan teringat pada Penciptanya. 

Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, agar kamu dapat pergi kian kemari di jalan-jalan yang luas. [71:19-20]

No comments: