Monday, January 9, 2012

Sang Pencerah

Salam.

Just nak share tentang pengajaran yang ku dapat melalui filem 'Sang Pencerah'. Filem ini menceritakan tentang Ahmad Dahlan, peneraju Muhammadiyah di Indonesia dahulu kala. Banyak yang beliau tempuhi untuk membersihkan Islam di tempatnya yang hampir melencong ke arah bid'ah. Beliau juga membentuk Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berfikiran maju sesuai dengnan perkembangan zaman.

Sedikit sebanyak yang ku dapat daripada filem ini adalah:
  • Allah telah janji bahawa Allah pasti akan memudahkan urusan kita jika kita menolong agama Islam. Dalam konteks dakwah ini, mungkin merasakan ia berat tetapi dengan janji Allah ini kita mampu teruskannya. "Wahai orang2 beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad:7]
  • Ambillah dan gunalah ilmu dan teknologi yang dicipta oleh orang barat untuk kegunaan ummah. Contohnya, Ahmad Dahlan mengambil idea menggunakan meja dan kerusi untuk mengajar anak-anak muridnya. Bagi kita pula, gunalah kesenangan teknologi ini seperti blogs untuk berkongsi bersama rakan tentang ajaran Islam.
  • Memahami maksud ayat2 alQuran dengan sebenar-benarnya dan mempraktikkannya. Jangan hanya membaca dan menghafalnya semata-mata.
  • Islam itu simple. Tapi kita selalu menjadikan ia susah dengan mencampurkannya dengan adat2. Buatlah sekadar yang mampu. Contohnya kita hendak bernikah tetapi tidak mempunyai wang untuk membuat majlis. Pernikahan itu sah tanpa sebarang majlis. Majlis itu hanyalah adat yang merumitkan agama. kalau nak buat majlis, buatlah ikut kemampuan. 
  • Berbahaslah dengan orang lain secara berhimmah. Maksudnya mengguna bahasa yang mudah dan sedap didengar tanpa meninggikan sebarang suara pun. "Serulah semua manusia kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pelajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang paling baik." [An Nahl:125]
  • Kita adalah pemimpin diri kita sendiri dan juga orang lain. Jangan membuat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan orang lain. 
Banyak lagi yang boleh dipelajari daripada cerita ini. Kalau free2, tengoklah :)
Moga bermanfaat untuk semua.

1 comment:

iLhaM aZmi said...

alhamdulillah wak pun dah tengok! :D