Friday, September 30, 2011

Refleksi

Salam.

Kadang kala kita rasa diri kita berada dalam kesusahan yang tak terhingga. Tapi bukankah masih ada orang lain yang kurang bernasib baik dari kita? 
Kadang kala kita rasa kita sudah cukup dengan amalan-amalan harian kita. Tapi ingatlah setakat mana sahaja amalan-amalan kita itu berbanding amalan-amalan para sahabat pada zaman Rasulullah saw dahulu kala?
Kadang kala kita rasa kita sudah cukup pandai. Tapi adakah kepandaian yang ada pada kita ini memberi manfaat kepada orang lain atau hanya sekadar untuk diri sendiri?
Kadang kala kita rasa kita sudah cukup baik. Tapi adakah kita menggunakan kebaikan itu untuk menolong orang lain?


Wahai teman,
Sentiasalah bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang kita terima daripada-Nya.
Perbanyakkanlah lagi amalan-amalan kita sebagai bekal untuk dibawa ke akhirat nanti.
Kongsikanlah dan ajarkanlah yang lain apa yang kamu tahu, agar orang lain dapat manfaatnya juga.
Hulurkanlah tanganmu agar dapat meringankan beban orang lain.

Wahai teman, 
Ingatlah hidup di dunia ini hanyalah sementara.
Yang kekal abadi, hanyalah di akhirat kelak.
Marilah kita bercucuk tanam di dunia ini, agak kelak berhasillah di akhirat nanti.
Sesungguhnya dunia ini umpama ladang akhirat.

*Ingatan buat diri sendiri juga*

Thursday, September 22, 2011

Secerah Pawana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah di simbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar
basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pewarna
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keihklasan berbicara
Di dada hati luas saujana 



Secerah Pawana-Nazrey Johani

Saturday, September 3, 2011

Balik Raya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah lima hari raya. Hari ini nak cerita sikit pengalaman balik raya tahun ini. Saya tahu cerita ini sangat panjang tapi saya akan cuba pendekkan agar tidak bosan.

Ceritanya bermula apabila saya decide nak balik Stevens pada hari Sabtu yang lepas. Walaupun diberitahu bahawa tidak selamat untuk balik NJ sebab Hurricane, saya bercadang untuk balik juga. Akhirnya beberapa jam sebelum flight saya, saya mendapat flight dari Dallas, Texas (DFW) ke JFK dibatalkan. Berita ini mengejutkan saya. Bohonglah kalau saya kata tidak setitik pun air mata yang tumpah. Siapa x panic time tu, lagi2 balik seorang diri. Sebelum sempat memberitahu parents, saya try cari alternative lain. Unfortunately tiada flight dari DFW ke JFK buat seketika sampai 30hb, which was Hari Raya. :(

But someone said that it is better to share our problem with our family. So true. Alhamdulillah juga, diri ini dapat bersabar & banyak2 istighfar. Put in mind that this is a challenge that Allah give to you, to look whether you can be patient or not. Then, consult dengan parents. Alhamdulillah, ayah & ibu banyak sangat2 membantuku tatkala ku terkapai-kapai. Lastly, aku mengambil keputusan untuk ambil flight from DFW to PIT (Pittsburgh) on the 28th. Then, dari PIT ke JFK on the 29th. One thing I feel great about this idea is I can meet my brother, Naqeeb. So, I did think positive about this matter.

Ok. Lepas tu bermulalah perjalananku pulang ke Stevens. Sampai je di DFW, dikejutkan dengan kemungkinan besar flight ke PIT dibatalkan pula. Ayah pula suruh contact Embassy Malaysia. Phone pula ada masalah sikit. Tapi ingatan bahawa Allah sentiasa berada dengan kita, aku cuba untuk bertanya ke kaunter DELTA. Alhamdulillah flight ku on time. Selepas check in, terus bergegas untuk mencari public phone, so dapatlah ku contact kawan2 Stevens & Qeeb. En Rahim (MSD) pun ada call tanya keadaanku di situ.

Alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancangkan. Sampai je di PIT, Qeeb & kawan2 dari WVU menjemputku. Ku bermalam di rumah Dayah & Farah. Thanks to them! Kalau x, merempatlah ku di Airport. Perjalanan diteruskan pada keesokan harinya. My final flight. Alhamdulillah Bee & Fauzan picked me up. Waktu tu dah petang raya. Perasaan time tu dah macam balik kampung dah rasanya. Sampai je di Stevens, malam raya! Apa lagi, takbir la.. :)

Alhamdulillah walaupun perjalananku diuji dengan pelbagai dugaan, aku terima dengan sabar. Bagiku, mungkin Allah uji ku di saat2 Ramadhan nak melabuhkan tirainya ini, adalah untuk menghapuskan dosa2 ku sepanjang bulan Ramadhan ini.

Pengajaran dari kisahku ini :

  • Walaupun ditimpa sebarang kesusahan, banyak2lah berdoa kepada-Nya. Mujahadah banyak2. Dan bergantunglah hanya kepada Allah, sesungguhnya hanya Allah yang menentukan segalanya.
  • Ahli keluarga & kawan2 adalah orang terdekat dengan kita. Walaupun kadang2 rasa segan nak minta tolong, mintalah. They are willingly to help us.
  • Think positive in everything that happen around us. Macam kisahku ini, walaupun penat tetapi ku dapat berjumpa dengan adikku seorang ni :)
  • Apa pun yang berlaku, kena hadapi dengan tabah. Jangan panic. 
  • Apabila kita susah, kita minta tolong dari Allah. Apabila kita dah senang, make sure banyak2 bersyukur kepada-Nya juga. Jangan lupa diri.
Oklah. Itu je kot. Konklusinya, walaupun seberat mana ujian yang Allah bagi, bersabar & get back to Him. And for me the best thing ever for this journey is I was given the chance to meet my brother. :) Alhamdulillah, thank you Allah..