Tuesday, August 23, 2011

Masih Ada Waktu

Salam

Pejam celik pejam celik, dah 23 hari kita berpuasa. Sekejap je kan rasanya? Mari kita duduk sebentar dan beriman sejenak. Check amalan kita sepanjang ramadhan ini. Solat terawih cukup x? Solat sunat ada x?

“Puasa bukanlah sekadar menahan dari makan dan minum” (HR Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim)

Ha tengok hadith kat atas tu. Sesungguhnya kita berpuasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum, tetapi bulan puasa inilah kita patut ambil sepenuhnya untuk membersihkan jiwa dan hati kita. Contohnya menahan diri daripada sesuatu yang lagha seperti mendengar lagu, berfb sepanjang hari, menonton movie, menahan marah, menahan nafsu membeli dll.

Bulan yang penuh dengan rahmat inilah kita patut perbanyakkan zikir, bertahajjud, iktikaf, solat sunat, sedekah, baca hadith 40 dan buat segala kebaikan. Kita juga boleh perbanyakkan berdoa kepada Allah. Mohonlah apa pun. insyaAllah Allah akan memakbulkan.

“Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu rahmat” (HR. Muslim).

Mungkin sesetengah orang kata kita dah tidak punyai masa untuk semua itu sebab tinggal dalam 6 hari sahaja sebelum 1 Syawal. Jangan berputus asa, kawan-kawan. Walaupun tinggal 6 hari, kita masih ada waktu. Jom guna hari-hari yang tinggal ini untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

“Carilah Lailatul Qodar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan” (HR. Bukhari)


Aisha, may Allah be pleased with her, said: I asked the Messenger of Allah: ‘O Messenger of Allah, if I know what night is the night of Qadr, what should I say during it?’ He said: ‘Say: O Allah, You are pardoning and You love to pardon, so pardon me.’ “(Ahmad, Ibn Majah, and Tirmidhi).

The transliteration of this Dua is “Allahumma innaka `afuwwun tuhibbul `afwa fa`fu `annee”

Kita tidak tahu bila ajal kita. Mungkin ini ramadhan terakhir untuk kita. Akhir sekali, marilah kita mengejar hari-hari terakhir ini dengan sesuatu yang lebih baik.

Sunday, August 14, 2011

Upin & Ipin

salam. semua pasti pernah tengok kartun 'Upin & Ipin' kan? Seronok tengok gelagat upin, ipin serta kawan2 mereka. Apa yang lagi menarik, cerita itu banyak memasukkan unsur2 nilai2 murni.

Salah satu episode yang menarik minat saya apabila rakan upin & ipin mempunyai robot tersendiri, upin & ipin mencipta robot mereka sendiri menggunakan barang2 terpakai di rumahnya. Dalam episode ini kita dapat lihat betapa upin & ipin itu berjimat-cermat. Walaupun hanya menggunakan kotak, periuk. penapis, mereka dapat mereka robot yang sungguh menarik.

Lagi satu episode yang menarik minat saya adalah episode pada bulan ramadhan yang mengenai 'Lailatul Qadr'. Apabila opahnya telah menerangkan tentang kebaikan Lailatul Qadr, mereka mengajak rakan2 mereka untuk membaca Al-Quran selepas solat terawih. Walaupun rakan2nya menolak sebab ingin bermain mercun, mereka tetap dengan pendirian mereka untuk membaca Al-Quran.

Banyak yang boleh kita lihat dan ambil pengajaran melalui cerita Upin & Ipin ini. Siapa yang x pernah tengok, patut tengok. :)

Thursday, August 4, 2011

sedikit peringatan

  • Di dalam Al-Quran, ada surah Wanita iaitu surah An-nisa'. Tetapi tiada surah Lelaki. So, Islam sudah lama memartabatkan wanita. Islam x pernah menindas wanita. So, wanita2 di luar sana, bersyukurlah dengan apa yang ditetapkan oleh Allah buat kita.
  • Pada zaman sekarang, tiada lagi ahli kitab yang berpegang kepada kitab yang original. So, orang Islam tidak boleh memakan makanan ahli kitab melainkan darurat yang boleh meragut nyawa kita. Ahli kitab adalah daripada golongan Kristian dan Yahudi.
  • Pabila Ramadhan, kita berkira-kira bila ramadhan akan berakhir. "Alhamdulillah, dah 5 harii. Lagi 25 hari" Itulah sikap kita pada masa kini. Akan tetapi, sahabat2 Rasulullah dahulu bersedih untuk meninggalkan bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan berkat ini.
  • Kita dinasihatkan agar tidak melapkan air wuduk kita. Biarkan air wuduk itu meresap oleh kulit kita. Dan, kita hendaklah menyempurnakan wuduk kita dengan membaca doa selepas berwuduk. 

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al-mubarak

Alhamdulillah.
It has been 3 weeks I am at home. Within 3 weeks, I kept it full with visiting my relatives. At first, I planned to go out with my old friends, but I didn't have time to do so. Sorry my friends. I put my first priority on my family.

Also, ramadhan is here sooner than past years. This year, I can fasting together with my family for almost 3 weeks. Although I couldn't celebrate Eid with my family, I will spend all the time fasting together with Ayah, Ibu, Adek2 & other family's members.

Anyway, I just wanna wish Happy Ramadhan Almubarak to all Muslims around the world. Hope we will use this opportunity to train ourselves to be a better man. insyaAllah.