Saturday, January 29, 2011

change

"Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself."

Is it so true right?!?
We always try to point our finger towards other things,
but we forget that the other four
fingers are pointed back to us!

Wednesday, January 26, 2011

melentur buluh biarlah dari rebungnya

Kita tidak dilahirkan dengan terus menjadi seorang remaja. Dari seorang bayi, kita menjadi kanak-kanak. Dari seorang kanak-kanak, kita menjadi seorang remaja. Dari seorang remaja, kita menjadi seorang dewasa. Bagiku, zaman kanak-kanak lah yang paling seronok. Kita baru hendak mengenal dunia. Kita seronok bermain dengan kawan-kawan kita. Kadang-kadang, kita ingin tahu sesuatu perkara itu seperti kenapa pokok itu hijau? kenapa itu kenapa ini..

Bagiku, aku sangat suka melihat kanak-kanak. Mereka sangat comel serta sangat suci. Bak kata orang, kalau ingin mendapatkan pandangan mereka, jawapan mereka adalah jawapan yang paling jujur.

Kanak-kanak seperti sehelai kertas putih. Kalau baik coraknya, maka baiklah perwatakannya. Manakala kalau buruk coraknya, maka buruklah perwatakannya. Oleh itu, ibu bapa serta cikgu memainkan peranan yang penting dalam pembentukan peribadi kanak-kanak tersebut. Ibu bapa haruslah bersikap terbuka serta hendaklah menjadi contoh yang terbaik buat kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu bertanya tentang sesuatu, ibu bapa haruslah memberi jawapan yang memuaskan mereka. Kanak-kanak belajar dari pemerhatian mereka. Kalau mereka melihat ibu & ayahnya membuat perkara yang baik, maka mereka pun akan ikut sekali buat perkara tersebut.

Peranan cikgu pula lebih kepada pembentukan minda kanak-kanak. Cikgu haruslah mengajar kanak-kanak tentang sesuatu perkara yang dapat mengembangkan minda mereka bukan setakat ABC 123 sahaja. Mungkin cikgu boleh mengadakan aktiviti seperti menanam pokok bunga atau sebagainya.

Aku rasa kalau aku berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada proses pembentukan kanak-kanak itu, pasti aku akan berasa sungguh gembira. Oleh itu, cita-citaku adalah ingin bekerja di sesebuah tadika terutamanya Genius Aulad. insyaAllah.

Monday, January 17, 2011

jom mengejar pelangi~

salam.

Semalam, aku ada menonton cerita "Laskar Pelangi". Cerita ini memberi 1001 makna dalam kehidupan seseorang. Cerita ini mengisahkan tentang 10 orang budak kecil yang diberi peluang untuk belajar di sekolah muhammadiyah. Pada mulanya mereka dipandang rendah oleh penduduk sekitar kawasan itu. Akan tetapi, setelah mereka berjaya menjuarai pertandingan kesenian dan pertandingan kuiz, penduduk sekeliling telah memandang mereka dengan tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa 'everything is not impossible'.

Agak menyentuh hati tatkala Lintang terpaksa melepaskan cita-citanya hanya untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga setelah kehilangan kedua-dua orang tuanya. Kita harus sedar bahawa bukan semua orang senasib dengan kita. Oleh itu, kita perlu sangat-sangat bersyukur atas apa yang Allah telah berikan kepada kita.

Akhirnya dalam cerita itu, Ikal telah berjaya mencapai cita-citanya untuk menyambung pelajarannya ke Paris. Lintang pula berjaya memastikan anaknya untuk mendapat pelajaran yang secukupnya. Dari sini kita dapat lihat jika kita berusaha, pasti kita akan berjaya. Bak kata mentera dari cerita ini "kalau nak pintar BELAJAR, kalau nak berhasil USAHA"

Oleh itu, "Jangan pernah menyerah. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya"




Saturday, January 1, 2011

muktamar 2010

salam.

"In the spirit of humility, reaching out for all humanity"

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah memakbulkan doaku selama ini. Akhirnya tanggal 24hb - 28hb, kami telah berkumpul di Missouri untuk sama-sama menambah ilmu, iman dan amal. Di sana, banyak yang telah ku pelajari. Dari talk yang disampaikan oleh speaker yang hebat2 belaka serta kerja menguruskan makanan. It was a great experience.

So, let me share some that I gained from this program.
1. Sifat seorang muslim itu adalah tawadu' & rendah hati kerana Allah.


Antara ciri-ciri muslim yang rendah hati adalah : 1) patuh dengan ketentuan Allah. 2) Mudah menerima nasihat & tidak takabur. 3) Melihat dirinya kecil & tidak memiliki apa2 4) Mempunyai keberanian & ketegasan sikap. 5) Suka berjemaah dalam ibadah. 6) Menerima kebenaran & kebaikan daripada sesiapapun

2. We must worship Allah as if we see Him. This is because when we imagine Him, we tend to our best in everything that He ask us to do.

3.Ruh always fight against Nafsu to take over our heart. So, we must keep on zikr to Allah. By zikr to Allah, we always remember Him and it makes our Ruh much stronger than the Nafsu.

4.The ultimate love is when we love Allah & His Rasul more than everything inside the world.

Rasulullah saw bersabda: "Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya dia akan merasa kemanisan iman. Pertama: seseorang itu menjadikan Allah dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya, kedua: tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya, tiga: dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka."

Ganjaran bagi orang yang meletakkan cintanya kepada Allah dan RasulNya sebagai the ultimate love adalah Syurga FIRDAUS.

5. When someone want to know about Islam, do not let them know about Islam through media.The best tool to know about Islam is the QURAN. Quran has explained everything about the nature and its inside.

There are lots more I want to share with you guys. Maybe one day I will explain more on what I gain through this program.

last but not least,
'Islam itu datang dalam keadaan asing, berakhir dengan keadaan asing juga, dan beruntunglah orang2 yang asing juga'