Friday, October 7, 2011

Sejenak ku terdetik..

Assalamualaikum wbt. 
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di dunia ini.
Telah berlalu hari-hari yang meletihkan.
Telah tiba hari minggu yang dinanti-nantikan.
Tatkala ku berada sendirian, terdetik pada hati ini tentang masa hadapanku, tentang cita-citaku dan matlamatku.
Apa yang perlu ku lakukan untuk masa hadapan?
Apakah segulung ijazah sudah memadai buat diriku?
Adakah itu matlamat utama hidupku?
Persoalan itu dengan sendirinya terjawab pabila ku teringat pesanan kakak2 ku dahulu.
'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu' (51:56)
'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi....' (2:30)

Ya Allah, maafkanlah diri ini yang sering lupa.
Lupa tujuan Engkau menciptakan diri ini.
Tatkala diri disibukkan dengan hal duniawi, ku terlupa ku dihidupkan adalah untuk beribadah kepadaNya dan menyampaikan syariat-syariatNya.

Diri ini perlu diingatkan selalu tentang tujuan hidup ini.
Diri ini perlu melakukan apa yang disyariatkan ke atas diri ini, iaitu Abid dan Khalifah.
Diri ini perlu berfikir selalu sebelum mengambil sesuatu keputusan agar tidak tersasar daripada jalan mencari keredaan Ilahi.

Ya Allah, tunjukkanlah ku jalan yang diredaiMu.
Ya Allah, tetapkanlah hatiku yang senang berbolak-balik ini.
Ya Allah, ku mohon agar Engkau memberikan yang terbaik buatku.
Amin.

Daripada Abu Hurairah r.a, pula diriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberinya kefahaman dalam Ad-Din" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4 comments:

.insyirah. said...

insyaALLAH nabilah :)

moga Allah tetapkan hati2 kita utk terus thabat dan istiqomah dalam jalan ni :)

Nabilah Farhana Yahya said...

insyaAllah.
tolong ingatkan daku selalu ye shahirah. risau..

amin..

Anonymous said...

kadang-kadang terasa berat sungguh tanggungjawab ini, dan kadang-kadang terasa muak dgn tugasan ini..tetapi percayalah kita pada ganjaran Allah swt didunia dan di akhirat kelak. tarbiyah jualah yang menguatkan diri agar terus bangkit menuju matlamat terbesar ini :)

Nabilah Farhana Yahya said...

anon, jzkklh...iAllah akan terus kuat untuk berada dalam jlana D&T ini. Kalau kite tolong agama Allah, Allah pasti akan tolong kita. :)