Friday, June 17, 2011

pemberian

salam.

Hari ni ku rasa sangat seronok. Walapun penat berjalan ke sana ke mari, tapi rasa puas menyelongkah seluruh pelusuk Woodbury Outlet. Macam2 kedai kami masuk. Pilih itu pilih ini, sampai pening kepala la memikirkan apa yang nak dibeli untuk orang yang tersayang. Akhir sekali, barang yang ku beli semuanya untuk kaum keluargaku di Malaysia. Walaupun x beli untuk diri sendiri, tapi ku rasa sangat puas.

Mari ku cerita kenapa ku rasa puas membeli barang untuk mereka. Begini, setiap pemberian yang ku beli untuk mereka adalah tanda kasih sayang ku terhadap mereka. Mereka telah banyak menolong ku dari kecil sampailah sekarang. Ku akan lebih seronok pabila melihat ekspresi muka mereka tatkala sampai di Malaysia nanti. Pemberian itu juga adalah tanda penghargaanku terhadap mereka.

Bagiku, tak salah nak memberi apa2 kepada siapa2. Macam di sini, tak salah kalau share2 makanan dengan kawan ke. Pemberian itu dapat membuat seseorang tersenyum. Itu yang seronok tu. Islam pun menggalakkan kita memberi hadiah dan sedekah kepada orang.

Bukan bermakna lagi banyak kita memberi lagi banyak harta kita yang kurang. Salah konsep tu. Cuba tengok kisah Abdul Rahman b. Auf, sahabat Rasulullah. Beliau seorang yang sangat2 kaya dan dermawan. Walaupun beliau telah memberi seluruh hartanya kepada jalan Allah, hartanya tidak pernah kurang. Itu namanya rezeki.

So, jangan kedekut. Rajin2lah memberi, sesungguhnya perbuatan itu amatlah mulia di sisi Allah.

4 comments:

abomb123 said...

pegi jugak ke woodbury :p

abomb123 said...

pegi jugak ke woodbury :p

rabi'ah said...

tak beli untuk diri sendiri? apakah?? tipuuuuu.

"pemberian tanda kasih sayang".

sekian terima kasih.

salam. :)

Nabilah Farhana Yahya said...

abom, a'ah pegi.

rabi'ah, errr..beli satu je.. :) yg len sume orang punye.. :P
w'salam.