Thursday, June 30, 2011

Date with H.I.M

Assalamualaikum semua!


Sempena Isra' Mi'raj ni, saya nak kongsi sebuah cerita sikit la kat sini. boleh x? ;p


Setiap hari kan, kita mesti nak jumpa dengan orang tersayang kan? Kita mesti nak date dengan si dia. Kalau x dapat jumpa, call pun jadilah. Betul x? Mestilah kita nak share everything dengan dia. Sebelum nak date dengan si dia tu, mesti kita prepare diri kita betul2. Kalau boleh, nak pakai bedak tu kasik wangi diri ini. Kalau boleh, nak dia suka dengan kehadiran kita. 


Bila kita jumpa dia pula, kita share macam-macam dengan dia. Kita cerita apa yang kita buat hari, apa yang kita dapat hari ni, dan macam-macam lagi. Kalau sedih, kita ngadu dekat dia. Kalau gembira pula, kita kongsi kegembiraan itu dengan dia. Seronokkan kalau ada orang yang sentiasa dengar apa yang kita cakap..


Kadang2 pula, dia kasik kita hadiah. Dia belanja kita inilah, itulah..macam2 dia kasi kat kita kan? Eeee, seronoknya ada orang kasi kita hadiah.. :)


Best x dengar cite ni? Ok, sekarang cuba kita gantikan si dia tu dengan Dia Yang Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Adil dll. :)


Setiap hari, kita ada 5 kali dates dengan Dia. Subuh, zuhur, asar, maghrib & isyak. Banyak ke 5 tu? Sikitkan? Kita mesti nak jumpa date kita selalukan? Itu sebab adanya solat2 sunat. So that, kita leh bertemu Allah lebih daripada 5 kali. Muhasabah balik diri ini. Tatkala kita nak bertemu dengan-Nya, adakah kita mempersiapkan diri kita betul2? Berwuduk dengan betul2 kah? Pakaian pula macam mana? hurmm..


Bila kita solat pula, kita sentiasa berdoa kepadaNya kan? Itu seperti kita berkongsi cerita denganNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Dia mendengar segala rintihan hambaNya. Tapi, jangan lupa juga tatkala kita gembira. Kita seharusnya bersyukur kepadaNya dengan rezeki yang Allah bagi tu. Rezeki itulah hadiah daripada Allah. 


LBNL, mari kita sama2 check balik solat kita. Bukan setakat pergerakan & sebutan kita kena check, waktu solat & wuduk kita perlu check juga taw. Oklah..selamat beramal~



No comments: