Sunday, April 10, 2011

apakah agenda anda?

salam.

anda, saya ada satu soalan buat anda. Apakah agenda anda untuk hidup anda ini?

Mungkin anda terfikir kenapa saya tanya fasal agenda kan? Sebelum itu, mari saya terang apa sebenarnya maksud agenda itu. Selalunya, sebelum apa2 perjumpaan, kita mesti ada agenda, bukan? Kita pasti akan ikut agenda itu sepanjang perjumpaan itu. Oleh itu, cuba aplikasikan dalam hidup kita. Adakah kita sudah mengatur hidup kita? Atau adakah hidup kita sudah diaturkan oleh pihak lain?

Cuba saya bagi satu contoh agar anda faham. Bayangkan seorang pemuda ini ingin menjadi pemuda yang proaktif, pemuda yang lantang bersuara. Akan tetapi, agendanya terbatas oleh undang-undang negara seperti ISA. Terus pemuda ini tidak dapat menyuarakan pandangannya kepada masyarakat. Adakah anda perasan yang selama ini hidup kita telah diaturkan oleh pihak2 lain. Perkara2 lain telah membataskan agenda kita yang sebenar.

Oleh itu, adakah kita ingin mengikut telunjuk orang lain? Adakah kita ingin mengikut agenda yang telah direka oleh pihak2 lain? Tidakkah kita mahu memilih agenda kita tersendiri? Alangkah lebih baik jika kita tahu agenda kita, supaya kita tidak terpedaya dengan agenda sekeliling kita.

Anda, marilah kita cipta agenda kita tersendiri. Agenda itu tidak semestinya sesuatu yang besar. Mungkin agenda itu boleh jadi, anda nak membaiki diri untuk jadi lebih baik @ menjadi anak yang terbaik buat keluarga. Oleh itu, bagaimanakah kita ingin merealisasikan agenda kita itu?  Kita hendaklah memastikan kita berjaya merealisasikannya dengan cara yang betul berlandaskan Al-Quran & As-sunnah.

Atau mungkin, agenda anda adalah ingin bekerja sebagai cikgu tadika. Oleh itu, jadilah cikgu tadika yang terbaik. Abaikan kata orang sekeliling, teruskan usaha anda untuk merealisasikan agenda anda itu. Jangan biarkan orang sekeliling serta sistem yang sudah tersedia ada ini, membantutkan agenda anda.


~sumber daripada perbincangan bersama rakan-rakan~

No comments: