Wednesday, January 26, 2011

melentur buluh biarlah dari rebungnya

Kita tidak dilahirkan dengan terus menjadi seorang remaja. Dari seorang bayi, kita menjadi kanak-kanak. Dari seorang kanak-kanak, kita menjadi seorang remaja. Dari seorang remaja, kita menjadi seorang dewasa. Bagiku, zaman kanak-kanak lah yang paling seronok. Kita baru hendak mengenal dunia. Kita seronok bermain dengan kawan-kawan kita. Kadang-kadang, kita ingin tahu sesuatu perkara itu seperti kenapa pokok itu hijau? kenapa itu kenapa ini..

Bagiku, aku sangat suka melihat kanak-kanak. Mereka sangat comel serta sangat suci. Bak kata orang, kalau ingin mendapatkan pandangan mereka, jawapan mereka adalah jawapan yang paling jujur.

Kanak-kanak seperti sehelai kertas putih. Kalau baik coraknya, maka baiklah perwatakannya. Manakala kalau buruk coraknya, maka buruklah perwatakannya. Oleh itu, ibu bapa serta cikgu memainkan peranan yang penting dalam pembentukan peribadi kanak-kanak tersebut. Ibu bapa haruslah bersikap terbuka serta hendaklah menjadi contoh yang terbaik buat kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu bertanya tentang sesuatu, ibu bapa haruslah memberi jawapan yang memuaskan mereka. Kanak-kanak belajar dari pemerhatian mereka. Kalau mereka melihat ibu & ayahnya membuat perkara yang baik, maka mereka pun akan ikut sekali buat perkara tersebut.

Peranan cikgu pula lebih kepada pembentukan minda kanak-kanak. Cikgu haruslah mengajar kanak-kanak tentang sesuatu perkara yang dapat mengembangkan minda mereka bukan setakat ABC 123 sahaja. Mungkin cikgu boleh mengadakan aktiviti seperti menanam pokok bunga atau sebagainya.

Aku rasa kalau aku berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada proses pembentukan kanak-kanak itu, pasti aku akan berasa sungguh gembira. Oleh itu, cita-citaku adalah ingin bekerja di sesebuah tadika terutamanya Genius Aulad. insyaAllah.

No comments: