Monday, January 17, 2011

jom mengejar pelangi~

salam.

Semalam, aku ada menonton cerita "Laskar Pelangi". Cerita ini memberi 1001 makna dalam kehidupan seseorang. Cerita ini mengisahkan tentang 10 orang budak kecil yang diberi peluang untuk belajar di sekolah muhammadiyah. Pada mulanya mereka dipandang rendah oleh penduduk sekitar kawasan itu. Akan tetapi, setelah mereka berjaya menjuarai pertandingan kesenian dan pertandingan kuiz, penduduk sekeliling telah memandang mereka dengan tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa 'everything is not impossible'.

Agak menyentuh hati tatkala Lintang terpaksa melepaskan cita-citanya hanya untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga setelah kehilangan kedua-dua orang tuanya. Kita harus sedar bahawa bukan semua orang senasib dengan kita. Oleh itu, kita perlu sangat-sangat bersyukur atas apa yang Allah telah berikan kepada kita.

Akhirnya dalam cerita itu, Ikal telah berjaya mencapai cita-citanya untuk menyambung pelajarannya ke Paris. Lintang pula berjaya memastikan anaknya untuk mendapat pelajaran yang secukupnya. Dari sini kita dapat lihat jika kita berusaha, pasti kita akan berjaya. Bak kata mentera dari cerita ini "kalau nak pintar BELAJAR, kalau nak berhasil USAHA"

Oleh itu, "Jangan pernah menyerah. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya"




4 comments:

norshahirahmp said...

interesting nabilah :)

nanti kalau ada kelapangan gue juga mahu tonton itu cerita :D hehe

Nabilah Farhana Yahya said...

tengok jangan x tengok...menarik sangat..

aireensamirah said...

hahaha. semua nak promosi cerita ni.

tengok shira, kena tengok!
terlalu indah untuk dilepaskan :))

Syafadzilah Ab. Wahab said...

nabilah!! kite dah follow your blog!! ;)