Sunday, July 25, 2010

kenduri~

salam.

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
syukur ke Hadrat Ilahi..
kenduri semalam telah berlangsung dengan jayanya..
terima kasih kepada atuk-atuk surau..
terima kasih kepada keluarga, sanak saudara..
dan juga kawan-kawan yang datang~

alhamdulillah,
dah macam raya pulak..
semua ada..seronok..
walaupun x dapat raya kat msia tahun ni, tapi dengan kenduri ini,
dapatlah ku jumpa dengan semua..

alhamdulillah..
semoga perjalanan ku ke US akan dipermudahkan Allah..
amin~

Tuesday, July 20, 2010

Hak dalam Persaudaraan

assalamualaikum w.b.t :)

Apabila kita bersyahadah, kita telah terikat dalam komuniti syahadah atau lebih dikenali sebagai komuniti orang Islam. Oleh itu, kita hendaklah menjaga hak-hak sebagai seorang muslim dalam persaudaraan kita.

Antara hak-hak sebagai seorang muslim terhadap muslim yang lain ialah :

1. Kita hendaklah memberi salam setiap kali berjumpa dengan muslim yang lain tidak kira kenal atau tidak.Salam merupakan satu tanda perdamaian sesama kita. Salam itu sendiri bermaksud sejahtera. Dengan memberi salam, terhindarlah kita daripada pergaduhan atau persengketan.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya: As-Salâm itu adalah nama yang tergolong daripada nama-nama Allah Ta'ala yang diletakkanNya di bumi, maka sebarkanlah nama Allah itu di antara kamu.”(Hadis riwayat al-Bazzar dan ath-Thabarani)

Selain itu, apabila seseorang itu bersin, kita hendaklah mendoakan mereka dengan menyebut 'Yarhamukallah'. Tidak lupa juga, tatkala saudara kita sedang sakit atau meninggal dunia, kita seharusnya menziarahi mereka.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

2. Kita hendaklah mencintai saudara kita sepertimana kita mencintai diri kita sendiri.
Rasulullah saw bersabda:
لاَ يُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لاَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ . رواه البخارى ومسلم
Tidak beriman salah seorang dari kamu sekalian, sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.
Berdasarkan hadis ini, Rasulullah telah mengajar kita supaya kita sentiasa menyayangi saudara kita seperti kita menyayangi diri kita ini. Kita diajar supaya sayang mereka kerana Allah ( Uhibbuka fillah ) bukan kerana harta, paras rupa atau kelebihannya. Jika kita menyayangi seseorang bukan kerana Allah, sayang kita itu tidak ke mana. Akan tetapi, jika kita menyayangi mereka ikhlas kerana Allah, hidup kita akan diberkati-Nya. Sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka, kita seharusnya saling menjaga dan menegur antara satu sama lain. Sudah pasti kita ingin masuk syurga bersama-sama mereka.

3. Jangan kita sakiti sesama kita sama ada dari segi perkataan mahupun perbuatan. Kita hendaklah berwaspada ketika kita bertutur dengan saudara kita sendiri. Janganlah kita menggunakan kata-kata yang kasar dan boleh menyakitkan hati mereka. Selain itu, jangan sesekali kita kianati saudara kita. Sesungguhnya Islam mengajar kita supaya bersatu hati dan saling tolong-menolong.

Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. (riwayat Muslim)


4. Kita hendaklah merendahkan diri terhadap muslim yang lain. merendahkan diri ini bermaksud kia tidak sombong dengan orang lain. Kita sedia maklum bahawa sombong itu sifat iblis bukan kita. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi dari sifat tersebut. Sesungguhnya tawadu' itu pakaian orang Islam. lagi kita tawadu', lagi tinggi darjat kita disis-Nya. Kita mesti ingat kekayaan dan kecantikan itu hanyalah pinjaman dari Allah. Oleh itu, janganlah kita bangga dengan apa yang kita ada sekarang ini.

Nabi Muhammad saw bersabda :

Allah memerintahkan kepadaku agar saling merendahkan diri, hingga tak seorang pun merasa lebih dan merasa unggul dari yang lain.” (HR Muslim, Abu Daud dan selain mereka)


5. Orang tua dihormati, orang muda disayangi. Begitu indah pepatah ini. Kita telah diajar sejak di bangku sekolah lagi supaya menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Hal ini kerana, mereka adalah golongan yang lebih lama hidup di muka bumi ini. Akan tetapi, jika mereka berbuat salah, kita haruslah menegur mereka tetapi dengan cara yang baik. Bagi orang yang lebih muda daripada kita, kita hendaklah menyayangi/ mengasihi mereka. Contohnya, kita bantu anak kecil yang jatuh dan kita pimpin orang tua melintas jalan. Dengan sifat ini, wujudlah suasana harmoni dalam kalangan kita.


Sunday, July 18, 2010

w.o.r.d.s

live out load
create your own dreams
face challenges
simplify life
be the best you can be
colour your life happy
be yourself


Thursday, July 15, 2010

ketenangan dalam kesusahan


Hidup ini seperti sebuah roda yang berputar. kejap di atas, kejap di bawah. Sama seperti diri kita sendiri. Kadang kala kita berada di atas menikmati segala rezeki kurniaan-Nya. Dan kadang kala juga kita mengalami kesusahan dalam hidup kita ini. Walau bagaimanapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semasa senang, kita sentiasa berasa gembira. Semasa susah pula kita semestinya berasa tidak senang duduk macam cacing kepanasan. Sesetengah orang, kalau ada masalah je, mulalah buat perkara-perkara yang tidak elok. Contohnya orang yang hisap rokok. Hisap rokok sebab nak hilangkan stress.

Tapi, ada orang yang boleh mengatasi masalah mereka dengan tenang. Contohnya, kalau kita tengok sesetengah orang miskin yang susah, boleh je mereka hidup bahagia macam orang lain. Duit bukan pengukur bagi kebahagian. Macam Rasulullah saw kita, baginda tidak hidup dalam kemewahan. Baginda telah alami pelbagai kesusahan dalam hidupnya. Tapi, baginda sentiasa tenang dalam mengharungi onak duri kehidupannya.

Bagaimana kita hendak menjadi macam Rasulullah saw, yang sentiasa tenang walaupun dalam kesusahan?


Jawapannya telah tertera dalam al-quran, buku panduan hidup kita ini. Seperti dalam surah Ar-Ra'd :28 yang menyatakan hati kita akan menjadi tenang jika kita mengingati Allah.
So, Allah telah menjanjikan kepada kita, jikalau kita hendak sentiasa tenang kita perlulah sentiasa mengingati-Nya.

Selain itu, dalam Al-Imran: 107 berbunyi :

"Adapun orang yang muka mereka menjadi putih, mereka itu berada di dalam rahmat Allah, mereka kekal di dalamnya."

Keimanan kita kepada Allah itulah yang akan menjernihkan jiwa seterusnya memberi ketenangan dalm hidup kita tidak kira ketika kita susah mahupun senang.

Walaupun apa jua yang terjadi, kita haruslah kekal keimanan kita kepada Allah. Sesungguhnya dengan keimanan kita itu, kita pasti dalam hidup dengan aman serta tenteram.