Tuesday, February 23, 2010

Stevens vs Purdue

salam..
alhamdulillah, finally the good news are here..thanks Allah.
early in the morning, i check my email..and there 2 emails from Marquette and Stevens..happy :D
but right now, the problem is which uni to choose for??? huhu..headache..

so dear friends, which university should i choose??? either stevens or purdue/????
HELP!!

STEVENS or PURDUE

Sunday, February 7, 2010

Allah Maha Mengetahui~

salam buat semua.

Alhamdulillah, kita masih berpeluang menghirup udara nyaman di bumi Allah ini.

Hari Sabtu yang lalu, saya telah menghabiskan masa saya di Darul Firdaus, Nilai Impian. Pada mulanya, saya cuma mahu menghantar rakan-rakan saya ke program IPK (Ini Peranan Kita). Tetapi nak dijadikan cerita, saya tidak terus pulang ke INTI, bahkan saya tinggal di situ serta mengikuti IPK.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak ketahuinya." (2:216)

Dalam program tersebut, banyak yang saya pelajari. Kami recap ISK dan juga kupas balik Hadis Ghulam. Seronoknya.. Saya suka Hadis Ghulam..Hadis ini sungguh menyetuh hati saya maklumlah ia sangat dekat dengan diri saya sebagai seorang pelajar.

Kami juga ada membincangkan tentang peranan kita sebagai seorang pelajar tapi bukan sebagai seorang pelajar yang biasa, ini lebih kepada PELAJAR MUSLIM..bukan belajar dan dapat keputusan yang cemerlang sahaja peranan kita, tapi juga kita seharusnya menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah(2:30) mahupun ibadah(51:56). Pelbagai cara kita boleh gunakan untuk melaksanakan tuntuan Illahi ini. Bak kata k.Fisya, setiap orang ada logam-logam nya tersendiri (X-factor). Oleh itu, kita bolehlah gunakan logam-logam tersebut dalam proses melaksanakan perintah-Nya.

Hurmm..tidak lupa juga, saya dapat berkenalan dengan akhowat-akhowat lain dari UM, KTT, dan juga USIM. Seronok sangat-sangat. Yang tidak disangkakan, saya dapat berjumpa dengan senior ssp. :D. Alangkah indahnya pertemuan ini kerana Allah telah meletakkan kami dibawah satu bumbung yang diredhai Allah.(kefahaman agama)

Akhir kata, walaupun pada mulanya saya keberatan untuk pergi program ini, tetapi sekarang saya amat gembira dan berpuas hati. Sesungguhnya Allah yang menentukan takdir kita. Dan, hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (9:41)

p/s: terima kasih buat semua.