Thursday, October 14, 2010

~pesanan seorang ayah kepada anaknya~



Seperti biasa nasihat ayah; jangan tension2 sangat, jangan sampai korbankan Allah s.w.t, rasulallah s.a.w, agama n akhirat kerana nak cemerlang dalam pelajaran n dunia. Allah, rasulallah, agama n akhirat matlamat hidup n simpan kuat2 dalam hati. Pelajaran, dunia, harta, kemewahan, rakan2 n keluarga keperluan sahaja n jangan simpan dalam hati n cuma pegang di tangan. Lepaskan dunia dari tangan bila Allah, Rasullah, agama n akhirat jadi taruhan. Jadi jangan terlalu resah, tension, stressful n kecewa kalau dah usaha tapi tak cemerlang or gagal dalam pelajaran, dunia n kawan2.

Jaga amalan2 agama spt sembayang fardhu n sunat, bacaan quran, zikir, selawat n istifar n doa banyak2 pagi2 n petang n malam2. Insyallah urusan pelajaran n dunia jadi mudah n di permudahkan. Musuh akan lagi n musibah akan terhindar dengan izin Allah. Jaga kesihatan n cuku tidur n rehat n riadah n cukup makan n ambil angin. Gembirakan n tenangkan hati.

Kalau ada masalah solat, doa n sedekah. Minta n harap pada Allah. Jangan minta n harap pada manusia n makhluk. Baru2 ini dalam satu kuliah agama, ustaz cakap apa2 yang baik2 atau apa2 yang tidak baik yang menimpa kita adalah kesemuanya baik disisi Allah untuk kebaikan bagi seseorang muslim. Oleh itu, kita tidak tahu apa yang akan berlaku keatas kita di masa akan datang samada senang, susah, berjaya, gagal, sihat, sakit, jodoh, pekerjaan semua nya dalam perancangan Allah s.w.t. Kita lebihkan usaha untuk redha Allah n Rasullah, insyallah urusan dunia semuanya mudah n di permudahkan oleh Allah.


Ayah, akan ku ingat pesananmu ini. Terima kasih ayah.

No comments: