Friday, August 13, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

salam ramadhan buat semua.

alhamdulillah, sudah tiga hari kita berpuasa. Semoga ramadhan ini menjadi tempat kita mendidik diri ini ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

Ramadhan yang hadir bukanlah semata-mata untuk kita menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa sahaja. Akan tetapi, ramadhan ini Allah kurniakan kepada kita sebagai satu bulan yang penuh dengan rahmat-Nya. Mohonlah apa-apa sahaja kepada-Nya, insyaAllah Dia akan memakbulkan.

Ramadhan sharul Quran. Pada bulan inilah Al-Quran diturunkan. Oleh itu, marilah kita mengisi masa kita dengan membaca Al-Quran. Bertadarus, tadabur, menghafal serta mendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Sesungguhnya dengan ayat-ayat suci ini hati kita akan disinari dengan cahaya yang gemerlapan.

Masa yang paling ditunggu-tunggu apabila berpuasa adalah masa kita nak berbuka. Pelbagai jenis hidangan, kuih muih disajikan untuk kita berbuka puasa. Bazaar menjadi tempat kunjungan orang ramai. Akan tetapi, diingatkan agar kita tidak membazir tatkala membeli juadah berbuka puasa. Ingatlah pada orang-orang susah, mereka pasti kekurangan makanan. Daripada kita membazir, lebih baik kita membeli juadah untuk santapan orang yang lebih memerlukan. Sedekahlah kepada mereka.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

Akhir sekali, marilah kita jadikan ramadhan ini lebih baik daripada ramadhan yang lepas. Imarahkanlah hari-hari kita di dalam bulan ini dengan bacaan Al-Quran, zikrullah, sedekah dll.

~Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak~

1 comment:

qubnani said...

salam'alaik ya ukhti,

moga beroleh keberkatan Ramadhan dan menuai halwatul Iman.

Salam syg~

p/s:Rindunya pada kamu pada kadar INFINITI. ya Allah, tautkan ikatan-ikatan hati-hati kami dengan keredhaanMU...